> TIP SIHAT > Penggunaan ubat tidur yang kerap boleh mendatangkan kesan kepada pesakit
Penggunaan ubat tidur yang kerap boleh mendatangkan kesan kepada pesakit
NAIMAH MUHAMMAD Khamis | 15 Ogos 2019

BERDASARKAN kajian Pusat Kebangsaan Maklumat Bioteknologi, sebanyak 30.7 peratus responden mempunyai insomnia kronik (tanpa menjejaskan aktiviti pada waktu siang) dan sebanyak 28.6 peratus (menjejaskan aktiviti pada waktu siang).

Bagi memulihkan insomnia, Pegawai Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Khairul Bariah Johan menjelaskan, rawatan yang diberikan kepada pesakit bergantung kepada keadaan yang dihadapi.

KHAIRUL BARIAH
Kebiasaannya, penderita terlebih dahulu dinasihatkan untuk mengamalkan amalan tidur yang baik. Sekiranya kaedah itu tidak mendatangkan kesan, barulah pesakit akan diberikan ubat tidur sedativehypnotic seperti benzodiazepines, barbiturates dan pelbagai lagi ubat hypnotic yang lain.
“Secara umumnya, objektif rawatan untuk insomnia adalah untuk membolehkan pesakit mendapat tidur yang lena. Ubat tidur bukan rawatan utama. Insomnia merupakan gejala bagi sesuatu masalah. Oleh itu untuk mengatasinya, perlu dirawat puncanya,” katanya kepada Sihat:Aktif ketika diwawancara baru-baru ini.
Insomnia boleh menyebabkan seseorang itu mendapat tekanan dan kemurungan. (Gambar sekadar hiasan)

Menerangkan lebih lanjut, Khairul Bariah menjelaskan, ubat tidur hanya berfungsi mendorong pesakit agar lena. Untuk itu, ia sangat berkesan jika ubat tersebut digunakan hanya dalam jangka masa yang pendek.

“Bagaimanapun, penggunaannya (ubat tidur) yang kerap boleh mendatangkan kesan kepada pesakit. Sesetengahnya ubat tidur pula boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah daya ingatan dan sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu setelah mengambilnya,” ujar Khairul Bariah.
Minum susu panas pada sebelah malam membantu memudahkan tidur. (Gambar sekadar hiasan)

*Artikel dipetik daripada sisipan Sihat:Aktif terbitan Sinar Harian Rabu 14 Ogos 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Insomnia picu penyakit kronik. Awas buat golongan langsung tidak tidur!


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...