> TIP SIHAT > Masalah insomnia: Gunakan katil hanya untuk tidur
Masalah insomnia: Gunakan katil hanya untuk tidur
NAIMAH MUHAMMAD Khamis | 15 Ogos 2019

INSOMNIA bukan sahaja merujuk kepada masalah sukar tidur atau melelapkan mata, tetapi menurut pakar ia juga berkait rapat dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit kepala, kemurungan, tekanan perasaan, hilang tumpuan kerja, keletihan, lemah daya ingatan dan berupaya menurunkan kadar produktiviti kerja.

Melihat dari sudut psikologi, Pakar Perunding Psikiatri, Sekolah Perubatan Antarabangsa, Management & Science University (MSU), Prof Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi tidak menafikan insomnia boleh menyebabkan gangguan kesihatan.

Menurutnya, masalah sukar melelapkan mata itu banyak berkait rapat dengan penyakit kemurungan, bipolar, keresahan serta skizofrenia.

“Faktor persekitaran turut memainkan peranan seperti masalah kewangan, pengambilan dadah, bekerja syif, dan mengalami jet-lag ekoran perbezaan waktu tidur tempat asal dan destinasi perjalanan yang dilalui.

“Namun begitu, ada kalanya seseorang menghadapi masalah tidak cukup tidur walaupun tiada punca dapat dikenal pasti. Keadaan ini dinamakan insomnia idiopatik atau insomnia primer,” katanya.

Menurut Dr Muhammad Najib, masalah insomnia lain pula biasanya dinamakan insomnia sekunder yang melibatkan punca yang ketara. Bagi merawat insomnia sekunder itu, puncanya harus diatasi terlebih dahulu.

DR MUHAMMAD NAJIB
“Contohnya jika seseorang mengalami masalah psikologi seperti kemurungan, ia perlu dirawat dengan ubat antikemurungan, kaunseling dan psikoterapi,” terang Dr Muhammad Najib.

Menurut beliau lagi, dalam kebanyakan kes apabila punca insomnia sekunder telah dirawat, masalah insomnia yang dihadapi akan hilang.

Dalam kes insomnia primer, doktor akan memulakan rawatan dengan memberi kaunseling tentang kaedah ‘kesihatan tidur’ atau teknik untuk membetulkan rutin tidur yang sihat.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Najib berkata, insomnia bukan punca penyakit mental, tetapi jenis penyakit psikologi yang menyebabkan terjadi isu itu. Misalnya, pesakit kemurungan lantaran masalah untuk tidur, lalu menyebabkan mereka mengalami keletihan dan lesu.

Beliau turut menasihati pesakit agar tidak bergantung pada ubat sebaiknya menyarankan agar mengurangkan dos secara beransur-ansur jika rutin tidur kembali normal.

5 tip berguna kembalikan tidur yang sihat:

1. Tetapkan waktu kitaran tidur yang seragam untuk bangun pagi. Contohnya, jam 6 pagi walaupun hanya dapat tidur dua atau tiga jam sahaja. Pastikan tidak menggantikan waktu tidur pada siang hari bagi membolehkan pesakit lebih mudah tidur pada waktu malam.

2. Gunakan katil hanya untuk tidur. Elak membuat aktiviti lain seperti melayari laman sosial dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan

3. Elakkan minuman kafein atau berkarbonat selepas jam 4 petang. Jika boleh, tinggalkan terus kerana minuman sebegitu boleh menyebabkan otak terangsang dan menyukarkan lagi untuk tidur.

4. Berhenti merokok. Nikotin dalam rokok juga boleh mengganggu tidur.

5. Lakukan senaman pada awal petang agar tubuh menjadi penat dan mudah tidur. Sebelum tidur mandi air panas dan minum susu panas bagi memudahkan untuk tidur.

Sumber: Pakar Psikiatri, Sekolah Perubatan Antarabangsa, Management & Science University, Prof Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi

*Artikel dipetik daripada sisipan Sihat:Aktif terbitan Sinar Harian Rabu 14 Ogos 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Penggunaan ubat tidur yang kerap boleh mendatangkan kesan kepada pesakit

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja dalam bidang ini dapat tidur lebih lama


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...