> EVENT > UUM tuan rumah ASEAN University Youth Summit 2019
UUM tuan rumah ASEAN University Youth Summit 2019
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, UUM Selasa | 20 Ogos 2019

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tuan rumah bagi program ASEAN University Youth Summit 2019 (AUYS 2019) yang bertemakan ‘Social Media Generation: Unleashing Youth Potential’.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Sastera dan Sains, (PPA CAS) UUM dan Persatuan Inovasi Mahasiswa (INOVA) itu akan berlangsung selama empat hari bermula dari 24 hingga 27 Ogos ini di EDC Hotel and Resort, UUM.

Lebih 200 peserta dari sembilan buah negara termasuk Vietnam, Myanmar, Thailand, Kemboja, Filipina, Brunei, Indonesia, Taiwan dan Malaysia dijangka akan menyertai AUYS 2019 yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi Komuniti ASEAN dalam kerjasama serantau dalam memartabatkan golongan belia di universiti.

AUYS 2019 terbahagi kepada tiga program utama iaitu Roundtable Discussion (RTD), ASEAN Community Engagement Programme (ACEP) dan ASEAN Cultural Festival (ACF) dan akan dirasmikan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin pada 25 Ogos.

Jenama AUYS mula diperkenalkan pada 2015 oleh PPA CAS dan berjaya dilaksanakan secara konsisten tahun demi tahun yang mana pada 2016 ia dianjurkan Universitas Teknologi Sumbawa (UTS), Indonesia; 2017 di De La Salle University – Dasmarinas, The Philippines; 2018 di Thaksin Univerisity, Thailand dan 2019 kembali semula ke UUM sebagai tuan rumah.

Sementara pada AUYS 2020, ia akan dianjurkan HCMC University of Economic and Finance, Vietnam sempena giliran Vietnam sebagai Pengerusi ASEAN 2020.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...