> Jom amalkan SMART dalam pecutan terakhir sebelum peperiksaan
Jom amalkan SMART dalam pecutan terakhir sebelum peperiksaan

PEPERIKSAAN merupakan satu proses ujian untuk mengukur tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang pelajar yang menuntut di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT).

Di Malaysia, terdapat pelbagai peperiksaan yang di uruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) antaranya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Peperiksaan ini merupakan salah satu platform penting kepada pelajar-pelajar sebelum melayakkan mereka untuk melangkahkan kaki ke menara gading.

Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi (akan bermula pada 4 September 2019), persediaan secara menyeluruh dan pecutan dalam membuat latihan serta ulang kaji mata pelajaran berkaitan pada saat-saat akhir ini amat diperlukan.

Persediaan dengan menghadiri kelas-kelas tuisyen dan melakukan latih tubi secara konsisten dan berterusan adalah amalan biasa dapat kita lihat pada masa kini, terutamanya dalam kalangan ibu bapa dan guru yang tidak pernah jemu untuk terus memberi sokongan kepada anak-anak dan pelajar.

Selain daripada itu juga, sebagai 'tuan empunya diri' yang akan berdepan dengan debaran dan tekanan peperiksaan itu nanti perlulah fokus dan menanamkan elemen-elemen positif dalam diri.

Antara tip dan pendekatan ringkas lagi mudah yang boleh pelajar amalkan ialah SMART. Ia amat bersesuaian dalam membuat persediaan terakhir sebelum pelajar-pelajar melangkah kaki ke dewan peperiksaan.

S -Selalulah sayang dan ingat ALLAH. Pelajar digalakkan untuk membuat amalan-amalan wajib dan sunat. Keraplah memohon doa untuk kecemerlangan dalam menuntut ilmu dan dalam peperiksaan (sebut dengan jelas berapa A yang pelajar sasar (target) untuk UPSR). Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar.

M -Mohon doa yang baik-baik untuk kedua ibu dan ayah. Dan jangan lupa untuk memohon doa bagi adik beradik dan seluruh ahli keluarga. Dengan mendoakan mereka kebaikan semestinya ALLAH akan membalas dengan kebaikan juga. Ingat! Jangan kedekut untuk mendoakan orang lain terutamanya ahli keluarga kita.

A -Adab dengan cikgu perlu dijaga dengan baik. Sebagai pelajar, perlulah menghormati dan menghargai guru-guru. Tanpa mereka pelajar tidak akan dapat mengenal angka dan huruf yang mana membolehkan pelajar mengira dan membaca dengan lancar. Selalu ucapkan salam sebagai tanda hormat kepada guru. Hormat guru baru berkat ilmu.

R -Rajin membuat ulang kaji mata pelajaran yang berkaitan. Dalam membuat ulang kaji, pelajar perlu fahamkan isi-isi penting dan formula-formula serta menghafal dan kongsi bersama rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu, pelajar perlulah rajin membaca al-Quran dan maknanya. ALLAH akan memberi manfaat apabila pelajar selalu amalkan secara berterusan.

T -Tolak jauh-jauh amalan negatif, perasaan hasad dengki, buruk sangka dan sebagainya. Elemen-elemen dan aura negatif ini perlu dibuang. Dengan bersih hati dan minda ia akan memudahkan untuk pelajar memahami ilmu yang dipelajari oleh guru di dalam kelas.

Semoga SMART dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM... begitu juga mahasiswa di IPT.

Insya-ALLAH...

Di hadapan pintu utama University of Melbourne.

*Profesor Madya Dr. Md Asrul Nasid Masrom (UTHM) kini merupakan Visiting Scholar di University of Melbourne, Victoria, Australia


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...