> UTARA > "Jumlah yuran sangat besar buat kami..." Ibu harap UUM benarkan anaknya ulang-alik bantu buat kuih, urus adik-adik
"Jumlah yuran sangat besar buat kami..." Ibu harap UUM benarkan anaknya ulang-alik bantu buat kuih, urus adik-adik
ZARITH SOFEA, UUM Khamis | 22 Ogos 2019

CHANGLUN - Hati ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya berpeluang untuk menyambung pengajian ke menara gading. Fatimah Ahmad, 53, mengharapkan ‘rezeki’ ini dapat menjanjikan masa depan yang lebih baik buat anaknya serta dapat mengubah nasib mereka sekeluarga.

Nur Fazelah Abu Bakar, 20, menerima surat tawaran untuk menyambung pengajian Sarjana Muda Pengurusan Acara dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebagai anak sulung daripada empat beradik, Fazelah merupakan tunjang utama keluarga untuk membantu ibunya menyara kehidupan seharian mereka.

Fazelah menjadi harapan membantu menyara keluarga. (FOTO UUM)
Enam tahun lalu sejak kematian suaminya akibat kanser, Fatimah dan anak sulungnya itu bertungkus lumus membuat kuih-muih dan menghantarnya ke gerai-gerai makanan berdekatan. Selain itu, mereka juga membuat ketupat sejuk beku (frozen) sebagai mata pencarian tambahan.

Rutin harian Fazilah tidak seperti gadis-gadis lain yang mana waktu pagi dia akan membantu ibunya membuat kuih, menghantarnya ke gerai-gerai makanan berdekatan.

Selain membuat kuih-muih, Fazelah turut mencari inisiatif sendiri menyertai kursus jahitan bagi meningkatkan kemahiran dirinya. (FOTO UUM)

Pada sebelah malam pula, Fazilah menyertai kursus jahitan di Pusat Latihan Jahitan yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk meningkatkan kemahiran dirinya. Syukur, kursus berkenaan tanpa dikenakan sebarang bayaran yuran.

"Makcik ada juga terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan, tapi hanya lepas beli barang dapur sikit-sikit," ujar Fatimah.
Fatimah berkongsi cerita kepada penulis. (FOTO UUM)
Namun, tatkala mendapat tahu jumlah yuran kemasukan ke universiti yang dikenakan iaitu RM2133 kepada Fazelah, ia sangat besar buat mereka yang hanya mengharapkan jualan kuih-muih secara kecil-kecilan sebagai mata pencarian utama.

Walau bagaimanapun, ibu ini tetap mahu Fazelah menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut. Bagi Fatimah, seberat mana sekalipun bahu yang memikul beban, akan diusahakan semampunya demi masa depan anak yang menjadi harapan keluarga ini.

Cuma, apa yang Fatimah berharap agar pihak UUM membenarkan anaknya itu berulang-alik ke rumah pada masa lapang kerana dia masih mengharapkan bantuan Fazelah menguruskan adik-adik yang lain serta membantu membuat kuih-muih untuk jualan.
Fatimah (kiri) berharap Fazelah (kanan) dapat diberi kelonggaran untuk membantunya membuat kuih-muih untuk jualan. (FOTO UUM)

Bagi mana-mana pihak yang ingin membantu Fazelah, boleh menyalurkan sumbangan ke:

1. Akaun Bank Islam Nur Fazelah Abu Bakar (02039025178722) atau

2. Akaun Maybank Fatimah Ahmad (152219114322)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...