> EVENT > Ustaz Kazim, Pak Utih dan pakar dietetik meriahkan seminar di Langkawi
Ustaz Kazim, Pak Utih dan pakar dietetik meriahkan seminar di Langkawi
SITI FATIMAH ABDULLAH, UUM Khamis | 22 Ogos 2019

Ramai di antara pekerja sama ada di sektor korporat, swasta mahupun kerajaan belum bersedia menghadapi hari persaraan sedangkan masanya akan tiba jika tidak, anda akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di alam persaraan.

Justeru, seseorang yang telah menghabiskan 30 tahun di alam pekerjaan perlu membuat persediaan rapi agar menikmati persaraan dengan lebih bermakna.

Bagi yang masih samar-samar dan tidak tahu hala tuju yang hendak diceburi selepas bersara nanti, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UUM menganjurkan Seminar Prapersaraan 2019 pada 27 hingga 29 Ogos ini, di HIG Hotel, Pulau Langkawi.

Seminar kali ke-14 itu menampilkan penceramah yang terkenal dengan celoteh santai, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias dengan tajuk Mencari Kedamaian Jiwa Di Alam Persaraan. Manakala Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih mesra dipanggil Pak Utih mengupas tajuk Mengurus Masa dan Aktiviti Sebagai Seorang Pesara. Pak Utih popular melalui Program bersiri Mahligai Kasih dan kursus serta ceramah bertajuk Gender Intelligence, Harmoni @ Home Productive @ Work.

Selain slot pengisian mendidik jiwa, UUM turut menampilkan Pegawai Dietatik dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Noorlailina Moha Mohtar dengan tajuk Penjagaan Kesihatan di Alam Persaraan. Beliau merupakan pengarang buku “Nudin, Apabila Dietitian Berbicara” serta kolumis dalam Mingguan Wanita & Pa & Ma.

Seminar 3 hari itu sarat dengan pengisian bermanfaat menampilkan penceramah dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan tajuk e-Usahawan Sebagai Satu Pilihan di Alam Persaraan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kaunseling Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Menurut Pendaftar UUM, Baharudin Yaacob, seminar ini memberi pendedahan tentang peluang, cabaran baru, membina jaringan, menyediakan kebolehan menangani tekanan, cabaran, ketahanan mental dan psikologi ke arah peningkatan kualiti dan gaya hidup sihat.

Jelasnya, seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan persediaan awal dalam urusan persaraan tentang faedah persaraan Skim Pencen dan KWSP, kesejahteraan pesara, pengurusan kewangan bijak dan panduan bekerja semula (peluang perniagaan).

Katanya, program itu sebagai persediaan kepada bakal pesara agar dapat mengharungi alam persaraan dengan penuh makna dengan memberi pengetahuan meningkatkan kesedaran dalam mengendalikan urusan pencen.

Ujarnya, persaraan merupakan satu detik penting dalam putaran hidup kerjaya seseorang kakitangan yang pasti ditempuhi.

“Ia bermula apabila kita melepaskan tugas dan tanggungjawab yang dipikul selama ini, mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja sebelum memasuki fasa hidup baru di luar persekitaran biasa. Program yang dianjurkan ini adalah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan sekali gus memberi inspirasi dan membuka minda peserta untuk berjinak-jinak dalam Perniagaan bagi mengisi masa yang terluang,” ujarnya.

Selain itu, dalam rekreasi minda peserta berpeluang menikmati keindahan menerusi Lawatan Ke Langkawi Geopark & Island Tour seperti Gua Kelawar, Sangkar Ikan Pari, Gua Buaya, Eagle Feeding dan Kilim Geopark.

Seminar ini terbuka kepada terbuka kepada sesiapa yang berminat khususnya bakal pesara, kakitangan kerajaan, badan berkanun dan individu.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...