> > Kalau tak bedah segera, dia mungkin lumpuh! Siapa sangka selepas 6 kali pembedahan otak, penuntut ini bakal jadi doktor
Kalau tak bedah segera, dia mungkin lumpuh! Siapa sangka selepas 6 kali pembedahan otak, penuntut ini bakal jadi doktor
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 23 Ogos 2019

SEMUA orang mengimpikan perjalanan hidup yang indah hingga ke akhirnya. Berharap agar cita-cita yang diimpikan selama ini akan menjadi kenyataan. Namun tidak semua akan berlalu dengan keindahan.

Dugaan hidup seseorang tidak akan sama. Malah, dugaan itulah yang sebenarnya menjadi penguat semangat untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga dengan kisah dengan seorang penuntut wanita di UTHealth McGovern Medical School di Houston, Texas.

Walaupun hanya sekali menjalani pembedahan otak, itu sudah cukup untuk mematikan semangat sesetengah orang. Tetapi ini tidak berlaku kepada Claudia Martinez. Semangatnya begitu kuat!

Sewaktu sedang mengikuti pengajian di universiti, pakar saraf beritahu dia perlu menjalani pembedahan otak dengan segera. Sekiranya tidak, dia mungkin lumpuh dari otak hingga ke bawah. Ketika itu tahun 2012.

Sebelum itu, Martinez sering mengalami sakit kepala dan berasa kebas di tangan dan kaki. Menurut laman WebMD, ini adalah tanda-tanda "chiari malformation," iaitu satu situasi yang tidak diketahui ramai. (Berhati-hati jika anda mengalami simptom sebegini. Usah abaikan! Buat pemeriksaan segera.)

Menurut Ketua Pengarah Perubatan di WebMD, Dr Michael Smith, chiari malformation berlaku apabila otak kecil, atau tidak tumbuh seperti sepatutnya.

(FOTO Instagram Claudia Imartinez)

Beberapa minggu selepas dinasihatkan oleh doktor pakar, Martinez menjalani pembedahan. Namun nasib tidak menyebelahinya. Dia lumpuh selepas menjalani pembedahan keenam.

(FOTO Instagram Claudia Imartinez)

Martinez tidak dapat bergerak sehinggalah dia menjalani terapi rehabilitasi. Sehinggakan dia tidak dapat bergerak ke mana-mana tanpa bantuan orang lain dan kerusi roda.

Katanya di laman Instagramnya, dia terpaksa belajar bagaimana melakukan aktiviti harian semula.

(FOTO Instagram Claudia Imartinez)

Sewaktu mendapat rawatan itu juga, dia terus belajar dalam bidang perubatan. Dia juga menduduki ujian di universiti tempat pengajiannya.

(FOTO Instagram Claudia Imartinez)

Martinez kini bukan saja pulih, tetapi juga bakal menamatkan pengajian di UTHealth McGovern Medical School di Houston, Texas pada tahun depan.

(FOTO Instagram Claudia Imartinez)

Sekiranya anda berhadapan dengan ujian, ingatlah bagaimana Martinez menghadapinya. Katanya, segala-galanya berpunca daripada otak kita. Sekiranya kita berfikir kita boleh menghadapinya, kita akan berupaya mengharunginya!

Semua gambar diambil daripada Instagram beliau. Klik di sini untuk Follow Claudia Martinez di Instagram.

Kredit: Nobisha , Fuville.com

Sumber: Instagram Claudia Martinez


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...