> Inovasi smart seatbelt menang anugerah emas PiPPo 2019
Inovasi smart seatbelt menang anugerah emas PiPPo 2019
ROZER MASUDIN, PMM Jumaat | 23 Ogos 2019

Penyertaan buat kali pertama pasukan Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) ke Pertandingan Pameran & Inovasi Proton Politeknik (PiPPo 2019) membuahkan hasil apabila kumpulan PMM yang diketuai Muhammad Zahrin, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mendapat anugerah emas terhadap projek inovasi keselamatan yang telah mereka hasilkan.

Menurut Pengarah Politeknik Merlimau, Rosli Hamid kejayaan pasukan ini didorong atas keazaman dan kreativiti yang tinggi ditunjukkan oleh para pensyarah dan penuntut Politeknik Merlimau bagi menghasilkan inovasi dalam aspek keselamatan kereta.

Rosli (tiga,kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir semasa kunjungan ke tapak pameran PMM.
“Pasukan PMM telah diberikan oleh pihak Proton sebuah kenderaan iaitu Proton Saga BLM bagi tujuan mencipta inovasi terhadap kereta ini dan seperti yang kita sedia maklum, Proton Saga antara kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan asas selain kereta itu sendiri tidak ada banyak ciri-ciri canggih. Oleh itu, pasukan PMM telah menghasilkan empat elemen inovasi iaitu finger print anti-theft, battery indicator, smart seatbelt dan child safety lock auto panel yang telah membolehkan kami membawa pulang anugerah emas,” katanya.

Dalam kenyataan lain, Muhammad Zahrin selaku ketua kumpulan menyatakan, antara keempat-empat elemen inovasi ini, juri amat tertarik dengan penciptaan inovasi smart seatbelt kerana berfungsi bagi mengawal atau menghadkan kelajuan kepada 60 kilometer sejam sekiranya pemandu tidak menggunakan tali keselamatan semasa memandu.

“Untuk tiga ciri lain iaitu seperti finger print anti-theft juga antara inovasi yang memerlukan masa bagi kami untuk membuktikannya berhasil, dan alhamdulillah kami berjaya. Ciri ini sekiranya dapat dibangunkan dengan lebih terperinci lagi oleh syarikat pengeluar kereta amat berpotensi tinggi,” katanya ketika ditemui usai majlis penyampaian hadiah.

Finger print anti-theft yang boleh membuat pengecaman cap jari pemandu sebenar bagi memulakan pemanduan.

Pasukan PMM ini dibarisi para pensyarah dan penuntut yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang bagi penghasilan inovasi berkaitan kenderaan.

Dalam majlis penyampaian hadiah kemenangan tersebut, PMM telah diwakili Rosli Hamid bersama pasukan PiPPo PMM. Majlis telah disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub, bertempat di Politeknik Nilai.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...