> AKTIVITI KAMPUS > UniMAP dan Biro Konvensyen Sarawak jalin kerjasama strategik
UniMAP dan Biro Konvensyen Sarawak jalin kerjasama strategik
SUHANA ABDUL MUTALIB, UniMAP Jumaat | 23 Ogos 2019

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Biro Konvensyen Sarawak (SCB) untuk mewujudkan jalinan kerjasama strategik dalam aspek pendidikan, penyelidikan, perkembangan potensi mahasiswa dan jaringan industri.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, perjanjian tersebut menjadikan UniMAP sebagai universiti pertama dari kalangan universiti awam di Malaysia yang berbuat demikian.

Menurut beliau, kerjasama tersebut juga membuka peluang cerah untuk UniMAP terus berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Sarawak ke arah meningkatkan lagi reputasi akademik universiti.

“Pada dasarnya kami amat tertarik dengan tawaran kerjasama yang diberikan oleh SCB terutama dalam aspek penganjuran seminar, konvensyen atau persidangan terutama dalam bidang sukan sejajar dengan inisiatif kerajaan negeri Sarawak untuk mempopularkan pelancongan sukan di negeri tersebut.

“UniMAP melalui Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Sukan akan merangka pelbagai aktiviti dan program akademik serta penyelidikan dengan sasaran penglibatan peserta-peserta dari luar negara memandangkan Sarawak mempunyai akses penerbangan langsung dari beberapa negara luar,” katanya.

Delegasi UniMAP bergambar bersama pengurusan tertinggi SCB.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani LOI antara UniMAP dan SCB di Kuching semalam. UniMAP di wakili oleh Prof. R Badlishah sendiri manakala SCB diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya (COO), Amelia Roziman.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan; Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Suhizaz Sudin; Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan UniMAP, Prof Madya Dr. Shafriza Nisha Bashah; Ketua Sektor Kerajaan SCB Elynnie Dominic Jau serta Ketua Pembangunan Perniagaan SCB; Anedia Kahar.

Mengulas lanjut, Prof. R Badlishah berkata, kerjasama strategik ini akan dimuktamadkan dalam bentuk memorandum perjanjian (MOA) sebaik sahaja segala perincian kerjasama dibuat yang mana ia dijadualkan sekitar bulan November nanti.

Antara perjanjian awal, jelasnya ialah komitmen SCB dalam menyediakan dana dan peruntukan bagi penganjuran seminar di negeri tersebut selain membantu mempromosikan UniMAP dalam kalangan agensi kerajaan dan swasta yang terdapat di negeri itu.

“Saya juga melihat kerjasama ini akan membuka peluang lebih cerah buat penuntut-penuntut UniMAP yang berasal dari Sarawak untuk menjalani latihan industri dan seterusnya membuka peluang pekerjaan buat graduan dari Sarawak yang mana ia penting untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UniMAP,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...