> SUKAN > Menang 14 pingat, atlet tekwando UTeM 'menyengat' di MASUM 2019
Menang 14 pingat, atlet tekwando UTeM 'menyengat' di MASUM 2019
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD, UTeM Jumaat | 23 Ogos 2019

BARISAN atlet Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sekali lagi membanggakan universiti apabila berjaya membawa pulang 14 pingat masing-masing dua emas, enam perak dan enam gangsa menerusi Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2019.

Pada edisi kali ini yang berlangsung dari 24 Julai sehingga 3 Ogos lalu bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP), atlet-atlet UTeM turut berentap bersama atlet daripada 18 buah Universiti Awam (UA) lain.

Ikrar dan aku janji atlet UTeM sewaktu Majlis Perasmian Karnival Sukan MASUM 2019. (FOTO UTeM)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap menyifatkan kejayaan yang diperoleh adalah hasil usaha terbaik para atlet yang bertanding.

Ujarnya, dua pingat emas telah diraih menerusi acara petanque wanita individu iaitu Anis Amira Basri dan acara welter tekwando lelaki yang dimenangi Hamdanwahid Rinaldi.

“Tiga daripada enam pingat perak yang telah dimenangi telah telah diraih oleh Toriq Abdul Aziz Mohd Chozin menerusi acara poomsae tekwando individu lelaki, Norsyasya Amira Abu Bakar menerusi acara kyorugi welter tekwando wanita dan Fatin Hazeerah Zaimie menerusi acara pencak silat kelas A puteri.

Atlet pencak silat UTeM, Fatin Hazeerah dan Amierul Daniel mengibarkan bendera UTeM sebaik sahaja menerima pingat kemenangan. (FOTO UTeM)
“Manakala tiga pingat perak lagi telah diperoleh menerusi acara poomsae tekwando berpasukan lelaki yang dianggotai oleh Toriq Abdul Aziz Mohd Chozin, Muhammad Amer Danish Md Ameruddin, Muhammad Faiz Mohd Kamal, petanque beregu campuran yang dianggotai oleh Anis Amira Basri dan Muhammad Syahid Mohammad Tamizi dan acara bola keranjang 3 on 3 lelaki yang dianggotai oleh Wong Chu Hing, Lim Pei Jun, Iman Faidhi Azman, Fong Yee Pin dan She Siang Shyang,” jelasnya lagi.
Pasukan UTeM mempamerkan aksi memberangsangkan menerusi acara sepak takraw. (FOTO UTeM)

Pingat gangsa pula diperoleh Farhan Afif Ali menerusi acara lompat tinggi lelaki, Amierul Daniel Mohammad Hanafiah (pencak silat kelas A putera)'Wan Joe Yee (kyorugi tekwando middle wanita), acara poomsae tekwando campuran yang dianggotai Muhammad Faiz Mohd Kamal dan Nurmala Sary Saidin, petanque triple lelaki yang terdiri Khairulanwar Said, Muhamad Nur Abrar Nordin dan Mohamad Ashraf Hilmi dan catur berpasukan yang dianggotai Chew Wenda, Ng Chi Yuan, Muhammad Syafiq Md Safkad Hossain dan Mohamad Akram Awesi Wahid.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM Profesor Dr Raha Abdul Rahim gembira dengan kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan barisan atlet UTeM di pentas MASUM 2019 berharap kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh mahasiswa dan mahasiswi UTeM di samping terus tingkatkan lagi prestasi pada masa akan datang.

Atlet UTeM bergambar penuh semangat bersama Dr. Nurulfajar (berbaju biru kiri). (FOTO UTeM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...