> SUKAN > Johan keseluruhan! Pasukan Mendayung UTHM Barracuda tawan tasik Bukit Merah
Johan keseluruhan! Pasukan Mendayung UTHM Barracuda tawan tasik Bukit Merah
DR. MOHD ZULFADLI ROZALI, UTHM Rabu | 28 Ogos 2019

BUKIT MERAH – Pasukan Mendayung Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang lebih dikenali dengan nama UTHM Barracuda menampilkan kelas tersendiri apabila berjaya merangkul Johan Keseluruhan bagi acara Mendayung Lelaki dan Perempuan di Karnival Sukan Air MASUM (Rowing dan Kayak) 2019.

Pasukan ini berjaya membawa membawa pulang empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa di karnival yang berlangsung pada 20 hingga 25 Ogos lalu bertempat di Bukit Merah Laketown Resort.

Pertandingan tersebut turut mendapat penyertaan daripada 10 Universiti Awam (UA) yang lain sekali gus menjadikan perlawanan antara pasukan bertambah sengit.

Pemenang bagi kategori lelaki. (FOTO UTHM)

Empat pingat emas berjaya dipungut melalui acara Men & Women Coxed Eight (8+) dan Men & Women Coxless Four ( 4-) manakala kutipan pingat perak dan gangsa pula melalui acara Women Single Scull (1x) dan Men Double Scull (2x).

Menurut penyelaras sukan air UTHM, Shaid Jaffar, anugerah Juara Keseluruhan ini merupakan kali ketujuh berjaya diraih pasukan ini di Karnival Sukan Air MASUM (Rowing & Kayak) sejak 2009.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen daripada para atlet yang sanggup mengorbankan cuti semester untuk hadir ke latihan yang diadakan selama hampir sebulan.
Pemenang bagi kategori wanita. (FOTO UTHM)
“Selain itu, tiga alumni UTHM yang juga bekas atlet Pasukan Mendayung UTHM Barracuda serta pihak pengurusan sukan dan pengurusan tertinggi UTHM turut komited membantu pasukan ini dalam merangka serta menyusun program pembangunan dan prestasi pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTHM, Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad gembira dengan sinergi antara penglibatan alumni dan atlet Pasukan Mendayung UTHM Barracuda dalam mempamerkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di pentas Karnival Sukan Air MASUM (Rowing & Kayak) dan berharap kejayaan demi kejayaan terus dicapai para penuntutnya di samping menyeru penglibatan daripada alumni UTHM dalam membantu mempertingkatkan lagi prestasi sukan universiti ini pada masa akan datang.

Pasukan UTHM Barracuda. (FOTO UTHM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...