> Cuka asli sebagai alternatif lebih sihat dihasilkan penyelidik UMK
Cuka asli sebagai alternatif lebih sihat dihasilkan penyelidik UMK
JAMILAH TAIB, UMK Selasa | 3 September 2019

MASALAH lambakan buah-buahan tempatan sehingga menjejaskan pendapatan pekebun kecil disebabkan harganya yang jatuh telah mencetuskan idea kepada penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menginovasi dan menghasilkan cuka asli berasaskan rambutan dan dokong.

Menurut ketua penyelidik, Profesor Madya Dr Seri Intan Mokhtar yang juga Dekan Fakulti Industri Asas Tani UMK, penyelidikan bagi menghasilkan cuka berasaskan buah-buahan berkenaan bersama pasukannya bermula sejak 2014.

"Tujuan utamanya ialah untuk menyelesaikan masalah lambakan buah dan membantu pekebun kecil yang terjejas disebabkan harga rambutan dan dokong jatuh pada masa itu.
Dr. Seri Intan menunjukkan inovasi cuka asli daripada ekstrak rambutan dan dokong yang dihasilkan pasukan penyelidik UMK. (FOTO UMK)
"Kajian fermentasi dan nutrisi dijalankan kira-kira setahun enam bulan. Pelbagai jenis buah yang kami cuba, tetapi setakat ini rambutan dan dokong yang berpotensi untuk dikomersialkan sebagai cuka," katanya.

Bagi menghasilkan 1 liter cuka asli, ia menggunakan 2kg rambutan (ekstrak jus buah) dengan 5 peratus asid asetik, tanpa bahan tiruan dan tambahan yang diperam selama 42 jam.

"Cuka asli berbeza dengan cuka tiruan kerana ia banyak khasiat nutrisi mineral seperti potasium dan kalsium, sebab itu ia berkeladak," jelasnya.
'Ibu' cuka yang dilapisi mikroorganisma di bahagian atas ketika proses fermentasi untuk menghasilkan cuka asli (lapisan bawah). (FOTO UMK)

Kepentingan cuka kepada manusia

Tidak dinafikan, ramai kurang menggemari cuka disebabkan rasanya yang masam, tetapi ramai juga tidak mengetahui manfaatnya kepada kesihatan.

"Memang betul (sebab rasa masam), tetapi tanggapan itu mula berubah sejak kemasukan cuka epal dan kurma. Kajian terhadap kardio untuk jantung dan diabetic (kawalan gula bagi pesakit kencing manis) terhadap pengambilan cuka, sangat menggalakkan. Cuka merupakan bahan universal yang bukan hanya untuk makan seperti jus, sebaliknya boleh juga digunakan dalam masakan dan 'dressing' makanan.

"Malah, sekarang cuka boleh digunakan untuk kosmetik. Di Korea misalnya cuka dijadikan seperti minuman tonik untuk 'energy boosting' dan penghadaman. Bahkan, cuka yang diformulasikan bersama jus lain boleh menjadi minuman enak," katanya.

Cuka asli daripada ekstrak rambutan dan dokong. (FOTO UMK)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...