> > Walau gagal ke UUM, tapi Aziemah sanggup naik bas semata-mata temankan rakan
Walau gagal ke UUM, tapi Aziemah sanggup naik bas semata-mata temankan rakan
SAMSUDIN OLI MOHAMED, UUM Selasa | 3 September 2019

SINTOK - Walaupun Aziemah Haidah Adam, 21, dari Ipoh gagal mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) namun dia sanggup menaiki bas ke Changlon semata-mata untuk menemankan rakan sekelas dari Kolej Vokasional Gerik bagi mendaftar di Inasis Bank Rakyat Bukit Kachi universiti itu hari ini.

Anak kedua daripada tujuh beradik ini menjejakkan kaki ke UUM bagi menemankan rakannya, Nurain Syahindah Mohamad Indra yang mendapat tawaran pengajian di UUM.
“Saya masih yakin rayuan saya untuk melanjutkan pengajian di universiti ini akan berhasil kerana saya telah membuat pilihan pertama dan rayuan untuk program Teknologi Maklumat Informasi,” katanya ketika ditemui.

Aziemah yang bekerja sebagai pembantu di Butik Qalyesha di Kompleks Angsana Ipoh Mall baru sahaja berhenti bekerja selepas menamatkan pengajian di Kolej Vokasional Gerik.

Katanya hasil gaji RM1200 yang diterima itu digunakan untuk membantu ayahnya yang bekerja sebagai pemandu Grab.

Gajinya itu diharap dapat membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya di Ipoh.

Aziemah yang mempunyai lima lagi adik yang bersekolah amat berharap dapat menyambung pengajiannya dengan keputusan CGPA 3.50 yang dicapainya.

Sementara itu sahabatnya, Nurain terharu kerana rakan sekelas dan sepengajiannya di Gerik Ipoh sanggup menaiki bas ke Changlon semata-mata untuk menemaninya bagi sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu.

“Saya berdoa agar diterima rayuannya pada 18 September ini untuk bersama dengannya di UUM nanti,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...