> EVENT > Jendela kejayaan anda bermula di Karnival Informasi Pendidikan Iklanika
Jendela kejayaan anda bermula di Karnival Informasi Pendidikan Iklanika
Selasa | 3 September 2019

SATU karnival bertujuan untuk menghimpunkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dari seluruh negara di bawah satu bumbung bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan pengunjung mendengar dan mendapat maklumat secara langsung mengenai pelbagai kursus pendidikan yang ditawarkan akan diadakan julung kalinya pada November 2019.

Karnival Informasi Pendidikan Iklanika anjuran Iklanika Sdn Bhd itu menyasarkan pelajar-pelajar sekolah menengah, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan mereka yang ingin menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi seperti sijil, diploma, ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana (Master) dan ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Menurut Pengarah Urusan Iklanika, Ahmad Shukri Abdul Ghani, antara objektif karnival adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diingini, memberi maklumat kursus-kursus dan latihan-latihan disediakan institusi-institusi awam dan swasta di seluruh negara, menentukan fokus utama kepada pelajar lepasan SPM/STPM serta orang awam pengajian sesuai kelayakan dan minat masing-masing di samping memberi pendedahan informasi kepada ibu bapa tentang kepentingan pendidikan terhadap masa depan anak-anak.

Tambahnya, ia juga disasarkan untuk pelajar-pelajar tahfiz dan sekolah agama yang ingin menyambung pengajian ke IPTA/IPTS tempatan.

“Untuk karnival kali pertama ini akan diadakan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 November.
“Kami menggalakkan semua IPTA/IPTS serta mana-mana agensi termasuk ejen pendidikan luar negara dan syarikat yang berkaitan dengan pendidikan untuk menyertai sebagai peserta pameran (exhibitor),” jelas Shukri.

Di samping menyediakan maklumat berkaitan pendidikan, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah motivasi, persembahan artis, pengunjung bertuah dan sebagainya.

“Tempat adalah terhad. Jadi, tempah booth sekarang untuk mempromosikan institusi anda,” katanya lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau sebarang informasi berkaitan karnival boleh hubungi 03-61877977 atau layari laman sesawang: www.infopendidikan.com.my atau e-mel: [email protected]


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...