> MLK N.9 > Aspirasi motivasi wanita cemerlang kerjaya kejuruteraan, penyelidikan serta pendidikan
Aspirasi motivasi wanita cemerlang kerjaya kejuruteraan, penyelidikan serta pendidikan
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD, UTeM Selasa | 3 September 2019

FAKULTI Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan forum bertajuk Empowering Women in Engineering, Research and Education: How? bertempat di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Program dijalankan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE) CARe, Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), UTeMASA dan Women Engineer Section, The Institution of Engineer (IEM).

Dekan FKM UTeM, Dr Ruztamreen Jenal berkata, antara objektif forum tersebut adalah bertujuan meningkatkan motivasi dan memberi inspirasi kepada peserta terutamanya kepada kaum wanita dalam memperkasakan kerjaya sama ada dalam bidang pendidikan, penyelidikan mahu pun industri.

Ketibaan Genie Lim Siew Lin disambut Dr. Ruztamreen. (FOTO UTeM)
"Forum ini turut menjadi platform sebagai medan dalam perkongsian ilmu, pengalaman dan juga tempat rujukan kepada permasalahan dan cabaran kerjaya pada masa kini.
"Ia juga amat bersesuaian untuk diteruskan pada masa akan datang sebagai aktiviti tahunan fakulti, CARe dan penganjur bersama dengan penglibatan peserta yang lebih meluas dari pihak industri dan juga institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang lain," jelasnya.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim berkata, program ini selari dengan galakan dan usaha kerajaan untuk memperkasakan penglibatan wanita di dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik (STEM).

Katanya, forum ini turut menjadi platform kepada jurutera wanita mahupun penyelidik atau pendidik wanita untuk berinteraksi secara dekat dengan tokoh-tokoh wanita sama ada dari kaca mata profesor wanita mahupun jurutera wanita profesional agar dapat memberi aspirasi dan motivasi kepada semua peserta.

Empat tokoh wanita ternama bersama moderator sewaktu forum berlangsung. (FOTO UTeM)

Forum yang berlangsung telah dihadiri empat tokoh wanita ternama selaku panel iaitu Prof. Ir. Dr. Haslenda Hashim dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Ir. Dr. Jeyanthi Ramasamy dan Ir. Mah Siew Kien dari The Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Prof. Madya Dr. Jariah Mohamad Juoi dari UTeM di samping Moderator dari UTeM iaitu Dr. Rafidah Hasan.

Mereka dijemput sebagai panel forum bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang kerjaya masing-masing menerusi pelbagai latar belakang yang berbeza seperti dari industri, dari institusi pengajian tinggi (IPT), (IEM) dan juga UTeM.

Forum selama tiga jam tersebut telah dirasmikan Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Melaka, Genie Lim Siew Lin.

Barisan tetamu bergambar kenang-kenangan selepas majlis perasmian. (FOTO UTeM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...