> JOHOR > Berkaki palsu bukan penghalang buat gadis ini mahu menjadi arkitek
Berkaki palsu bukan penghalang buat gadis ini mahu menjadi arkitek
AZLINA OTHMAN Rabu | 4 September 2019

SKUDAI - Tragedi kemalangan yang dialami pada 19 September tahun lalu telah mengubah kehidupan Eila Nurul Syahida Nasruddin.

Ini berikutan, gadis berusia 23 tahun itu kehilangan sebahagian kaki kanannya dan kini terpaksa memakai kaki palsu untuk meneruskan rutin harian seperti manusia biasa.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang arkitek yang berjaya.

Eila Nurul Syahida merupakan salah seorang pelajar yang mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi 2019/2020 dalam program Sarjana Muda Senibina Landskap.

Menurutnya, dia sangat bersyukur diterima masuk ke universiti berkenaan untuk meneruskan pengajian bagi menggapai cita-citanya.

"Saya sedar cabaran besar akan menanti sebagai pelajar kurang upaya, namun saya sentiasa positif demi masa hadapan.
"Biasalah, bila berkenaan begini, pasti ada yang memandang.
"Tetapi, pada saya itu tidak menjadi halangan," katanya yang pernah menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Rehabilitasi Cheras selama sebulan bermula Oktober 2018 serta latihan kaki palsu selama tiga bulan bermula Januari lepas.

Sementara itu, ibu Eila Nurul Syahida, Ezarozini Hamzah, 47 memberitahu, anaknya adalah seorang anak yang sangat tabah.

"Ini kerana pada awal kes kemalangan tersebut, Eila Nurul Syahida tidak meratapi keadaan fizikal malah sentiasa positif demi masa depannya.
"Saya sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya untuk mencapai cita-citanya. Segala yang berlaku pasti ada hikmah," katanya yang memberitahu berasal dari Segamat.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...