> KELANTAN > Penuntut UMK perlu kuasai tiga asas utama
Penuntut UMK perlu kuasai tiga asas utama
SAPINAH AB GHANI Rabu | 4 September 2019

JELI - Sekurang-kurangnya tiga asas utama perlu dikuasai pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebelum mereka menamatkan pengajian di universiti awam berkenaan, kata Naib Canselornya, Prof Ts Dr Noor Azizi Ismail.

Menurutnya, ketiga-tiganya melibatkan bahasa, teknologi maklumat dan kemanusiaan yang disifatkan antara elemen penting ketika ini dan di masa hadapan.

"Penguasaan terhadap bahasa terutama bahasa Inggeris perlu diberi perhatian serius selain meningkatkan penggunaan dalam bahasa Melayu.
"Sebagai nilai tambah, pelajar juga perlu menguasai bahasa lain sebagai bahasa ketiga kerana peranannya cukup besar dalam menentukan kemampuan untuk bersaing dengan mahasiswa lain di alam pekerjaan nanti," katanya sempena Majlis Amanat Naib Canselor di sini.

Mengulas lanjut, Noor Azizi berkata, pihaknya turut berharap semua pelajar yang mengikuti pengajian di universiti berkenaan menggunakan peluang sebaik mungkin bagi menguasai sepenuhnya bidang teknologi maklumat.

Menurutnya, teknologi merangkumi konsep yang sangat luas termasuk penggunaannya dalam bidang perniagaan dan sains, selain aspek kemanusiaan bagi memastikan persekitaran harmoni dapat diwujudkan antara satu sama lain.

"Hormat satu sama lain, kami tidak mahu pelajar hanya melakukan aktiviti dalam kelompok mereka sahaja, sebaliknya gunakan peluang yang ada untuk mempelajari budaya kaum lain," katanya.

Difahamkan seramai 2,603 pelajar baharu mendaftar untuk mengikuti 28 kursus pengajian ditawarkan di UMK melibatkan lapan fakulti pada 1 September lalu di Kampus Kota di Pengkalan Chepa, Kampus Bachok dan Kampus Jeli.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...