> SEL KL > Kelayakan bergelar doktor bukan KPM tentukan: Maszlee
Kelayakan bergelar doktor bukan KPM tentukan: Maszlee
NURUL FIRDAUS KHAIRI Rabu | 4 September 2019

PUTRAJAYA - Prosedur untuk melayakkan seseorang bergelar doktor bukan ditentukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menterinya, Dr Maszlee Malik sebaliknya berkata, penentuan penglibatan individu dalam profesion tersebut berdasarkan penilaian dibuat oleh badan profesional perubatan.

Sehubungan itu menurutnya, isu berkaitan graduan menggunakan jalan pintas untuk menjadi doktor seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan itu sewajarnya dirujuk kepada agensi berkenaan dan Kementerian Kesihatan.

"Prosedur untuk seseorang itu layak menjadi doktor, bukan ditentukan oleh KPM tetapi Majlis Perubatan Malaysia. Mungkin seeloknya isu itu dirujuk kepada mereka.
"Di pihak kami, hanya di hospital universiti itu pun melalui tapisan daripada badan profesional dan kita tidak boleh sebarangan," katanya ketika ditemui pada sidang media Pengumuman Penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 di Putrajaya semalam.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan sesetengah lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di beberapa universiti luar negara, walaupun tidak memenuhi syarat minimum ditetapkan.

Mereka sepatutnya perlu mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) atau No Objection Ceritificate (NOC) daripada KPM, sebelum melanjutkan pelajaran dalam jurusan itu di luar negara, namun mereka tidak memohon sijil itu kerana tidak memenuhi syarat minimum ditetapkan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...