> PERAK > Susulan pendedahan Kampus Uols, UPSI tampil bantu pendaftaran Mohd Dairil
Susulan pendedahan Kampus Uols, UPSI tampil bantu pendaftaran Mohd Dairil
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 4 September 2019

TANJUNG MALIM - Kisah Mohd Dairil Mohd Sabri yang mengalami kesempitan wang untuk membayar yuran pendaftaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seperti yang dilaporkan oleh Kampus Uols pada 30 Ogos lalu segera mendapat perhatian Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA).

Menurut Dekan FSK, Profesor Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, pihak fakulti dan unit kebajikan JHEPA telah menghubungi Mohd Dairil bagi menjelaskan kemudahan bantuan di UPSI yang boleh diperolehi di mana Mohd Dairil boleh mendaftar di UPSI dan diberi penangguhan bayaran yuran dalam tempoh sebelum mendapat pembiayaan pengajian.

“Fakulti amat peka cabaran yang dihadapi oleh Mohd Dasril dan akan terus membantu beliau agar dapat terus meneruskan pendidikan beliau di UPSI.
Laporan Kampus Uols yang mendapat perhatian pihak UPSI.
"Kami juga telah menyambut dan bersama membantu Mohd Dairil dalam mendapatkan keperluan bagi persediaan menjadi pelajar baru UPSI,” katanya.

Kata beliau, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr Abd Hadi Borhan dan pihak Unit kebajikan Pelajar FSK sentiasa prihatin dalam membantu pelajar dalam meningkatkan pendidikan di UPSI.

Katanya, dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan dari kumpulan B40, UPSI telah menyediakan beberapa inisiatif kebajikan seperti bantuan zakat, makanan percuma dan lain-lain.

"Universiti juga akan sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan pelajar agar mereka dapat menuntut ilmu dengan keadaan baik di kampus.Pihak UPSI juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan kepada saudara Mohd Dairil dan keluarga dalam meringankan kesusahan yang dihadapi.
Mohd Dairil Mohd Sabri (dua dari kanan) bersama-sama keluarganya ketika pendaftaran di UPSI.
"Semoga Mohd Dairil dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita sebagai seorang guru di masa hadapan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tinggal beberapa hari lagi nak daftar UPSI, duit tak cukup bayar yuran... Aku buntu'


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...