> > Paru-paru tidak berfungsi, Muhammad Ashnawi terpaksa bergantung 24 jam pada mesin
Paru-paru tidak berfungsi, Muhammad Ashnawi terpaksa bergantung 24 jam pada mesin
PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK USIM Rabu | 4 September 2019

NILAI - "Tidak boleh digambarkan kegembiraan apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga ibu turut menitiskan air mata" itu adalah perasaan yang dikongsi oleh siswa baharu USIM, Muhammad Ashnawi Azmi,23, yang menghidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau peparu tidak berfungsi yang memerlukannya bergantung kepada alat pernafasan 24 jam.

Mula dikesan mengalami penyakit ini sejak berumur dua tahun, Muhammad Ashnawi yang merupakan anak kedua dari tiga orang adik-beradik ditawarkan menyambung pengajian Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Fakulti Syariah dan Undang-undang. Pernah memohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat Tamhidi (Asasi) USIM selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak berjaya, ternyata rezeki dan doa ibu tercinta termakbul apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Serdang berjaya mendaftar di peringkat Sarjana Muda di USIM hari ini.

aslinda Hussin melihat surat tawaran pengajian ke USIM yang diterima anaknya, Muhammad Ashnawi semasa mendaftar di USIM pagi ini.
"Saya perlu bergantung kepada penggunaan mesin ini sepanjang masa kerana paru-paru di sebelah kanan sahaja berfungsi manakala di sebelah kiri tidak. Justeru doktor menyarankan saya menggunakan mesin oksigen portable (mudah alih) ini sejak kecil lagi. Dahulu lebih besar saiznya tetapi mesin yang baru diterima pada 2016 ini lebih kecil dan ringan yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor berharga RM18,000 seunit. Di rumah ada sebuah mesin sebegini tetapi saiznya lebih besar tetapi bukan portable, justeru saya hanya gunakan semasa berada di rumah sahaja.
"Saya masih menerima rawatan secara berkala tiga bulan sekali di Hospital Serdang. Saya anggap penyakit ini satu ujian daripada Allah SWT dan pastinya ada hikmah tersendiri. Saya pernah beberapa kali mengalami koma dan paling lama ialah selama 14 hari pada tahun lepas. Ia berlaku semasa saya tidur di rumah dan doktor memaklumkan puncanya oksigen tidak sampai ke otak" kongsinya yang memiliki Diploma Syariah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Mengakui pergerakan dan aktivitinya agak terbatas sejak dari kecil, tetapi ia juga menjadi satu motivasi kepada dirinya sendiri untuk sentiasa membuat yang terbaik dalam batas kemampuan beliau. Menyimpan azam yang tinggi untuk menamatkan pengajian yang cemerlang di USIM nanti, Muhammad Ashnawi tidak dapat menyembunyikan rasa sebak apabila menzahirkan rasa terima kasih kepada ibunya, Haslinda Hussin yang telah banyak berkorban untuknya selama ini.

USIM pada hari ini menerima pendaftaran penuntut baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020 seramai 2,566 orang dengan 28 orang daripadanya merupakan penuntut antarabangsa. Para penuntut baharu akan mengikuti program taaruf (suai kenal) yang diaturkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM mulai Rabu hingga Sabtu ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menyempurnakan Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu pada esok, Khamis bertempat di Dewan Tuanku Canselor.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...