> UTARA > Kaunselor UUM puji kekuatan dan kesungguhan Aziemah
Kaunselor UUM puji kekuatan dan kesungguhan Aziemah
SAMSUDIN OLI MOHAMED, UUM Rabu | 4 September 2019

Walaupun tidak mendapat tempat di Universiti Awam (UA) namun kekuatan dan kesungguhan Aziemah harus menjadi contoh kepada penuntut-penuntut lain.

“Seseorang itu kerap menghadapi tekanan umpamanya kemurungan, kesedihan, kegelisahan dan beberapa simptom psikosomatik yang lain sekiranya apa yang dihajati dan diimpikan tidak tercapai namun ia berbeza pada Aziemah yang mengatasi semua ini dengan memberi kegembiraan dan sokongan kepada rakan sekolahnya yang mendaftar di UUM,” kata ketua Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM) Shahrin Ahmad yang mengulas mengenai Aziemah yang tidak berjaya menyambung pengajian dan masih menunggu rayuan yang disiarkan dalam KampusUols semalam.

Dalam artikel tersebut Shahrin menambah remaja lain seharusnya mencontohi Aziemah, kerana bijak menguruskan situasi tersebut yang selalunya akan merasai tekanan dengan apa yang dilalui kerana tidak mendapat tempat untuk meneruskan pengajian.

Sebaliknya Aziemah bukan sahaja gembira dengan rakan sekolah sepengajiannya di Kolej Vokasional Gerik Perak yang mendapat tawaran ke UUM malah terus menyokong rakannya itu walaupun terpaksa menaiki bas dari Ipoh untuk bersama-sama menemankan rakannya untuk mendaftar di kampus Sintok.

“Saya kagum dengan Aziemah yang sempat melemparkan senyuman dan sentiasa menemankan rakannya Nurain Syahindah Mohamad Indra untuk mendaftar di Inasis Bank Rakyat UUM,” katanya lagi.

Beliau memberi contoh *William Glasser(2012) dalam teori psikologi ‘Realiti Terapi’ menyatakan jika individu mempunyai niat positif maka ia akan berterusan positif walaupun melalui pelbagai halangan dan cabaran kerana ia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri untuk mencipta hidup mereka yang lebih berkualiti. Manakala menurut Al-Ghazali dalam karyanya Ihya Ulumuddin menyatakan bahawa tingkah laku manusia sama ada sedar atau tidak sedar adalah bertunjangkan kepada jiwa dan hati. Ia bermaksud kecekalan Aziemah menghadapi keadaan ini dipuji dan dijadikan tauladan oleh remaja masa kini.

Sementara itu Pegawai Hal Ehwal Islam Ustaz Zarei Zakaria ketika mengulas mengenai Aziemah berharap pelajar ini menerima ketentuan Qada dan Qadar ALLAH kerana sesuatu yang baik pasti akan ada rintangan dalam hidup sebelum mencapai kejayaan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Zarei Zakaria.

Katanya pelajar ini harus diberi semangat dan dorongan dan ditanamkan semangat supaya tidak putus asa daripada rahmat ALLAH.

“Saya yakin ALLAH akan beri sesuatu yang lebih baik di masa hadapan termasuk kemungkinan akan menerima tawaran pengajian sama ada di universiti yang dipohon atau sebaliknya kerana tawaran rayuan belum diumumkan lagi,” kata Ustaz Zarei.

Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak pernah meminta kegagalan itu hadir merujuk kepada surah ‘Al-Ankabut: ayat 2 -3 yang bermaksud “Adakah manusia fikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,”dan mereka tidak akan diuji? Sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta.”

Semalam dalam KampusUols memaparkan mengenai Aziemah yang menaiki bas dari Perak untuk menemani rakannya dari Jitra yang ditawarkan pengajian di UUM Sintok.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...