> AKTIVITI KAMPUS > PTSS lakar sejarah pertama kali anjur MalPRO 2019
PTSS lakar sejarah pertama kali anjur MalPRO 2019
SHAHRIL ANNUAR AHMAD, PTSS Rabu | 4 September 2019

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) baru-baru ini telah melakar sejarah kerana buat pertama kali menganjurkan Malaysian Polytechnic Rovers Challenge (MalPRO) 2019 Pengakap Kelana, Politeknik Malaysia yang diadakan pada 21 hingga 24 Ogos 2019 di PTSS.

Program anjuran Sekretariat Pengakap Kelana Politeknik Malaysia, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti melibatkan 10 Politeknik Malaysia yang berdaftar di bawah Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Peserta mengikuti istiadat kibarkan bendera dalam perbarisan pagi sebelum aktiviti lain dilaksanakan.

Antara Politeknik yang terlibat dalam MalPRO 2019 adalah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Kedah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kedah, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor, Politeknik Kota Bahru (PKB), Kelantan, Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan, Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang, Politeknik Merlimau, Melaka (PMM), Politeknik Mukah, Sarawak (PMU) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis selaku tuan rumah untuk kali ketiga.

Program ini merupakan aktiviti perkhemahan tahunan bagi politeknik yang melaksanakan kokurikulum badan beruniform berkredit, Pengakap Kelana Politeknik. Ia bertujuan mengumpulkan semua ahli Pengakap Kelana terpilih untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta menguji kemahiran mereka berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) serta persediaan mereka ke arah pencalonan Anugerah Baden Powell (BP Award).

Menurut Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan pelaksanaan program MalPRO 2019 kali ini telah mencipta pelbagai sejarah tersendiri berbanding penganjuran sebelum ini, yang mana buat pertama kalinya MalPRO 2019 di PTSS telah berjaya mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada kepimpinan pengurusan dan pegawai politeknik.

Peserta MalPRO 2019 membuat aktiviti ikatan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Mohammad Naim Yaakub telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pengakap Negeri KLKM, PPM dan merupakan Ketua Pengarah JPPKK yang pertama dilantik untuk jawatan tersebut.

“Buat pertama kalinya semua Pengarah Politeknik yang terlibat secara aktif dalam kokurikulum berkredit Pengakap Kelana juga turut dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah bersama 45 orang pemimpin dalam kalangan pegawai di politeknik masing-masing dan secara tidak langsung memastikan pergerakan pengakap kelana politeknik terus aktif dalam melahirkan graduan yang berkualiti,” katanya.

Majlis penyerahan watikah pelantikan disempurnakan Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohammad, selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia mewakili Ketua Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh.

Pertandingan membuat menara projek perintis oleh peserta MalPRO 2019.

Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Mohammad Naim dalam ucapan aluan berkata, pihak JPPKK amat bersetuju dan menyokong penganjuran MalPRO 2019 pada kali ini.

“Ini kerana sejak kokurikulum berkredit unit badan beruniform diperkenalkan, pihak JPPKK komited untuk melahirkan bakal graduan dengan menekankan tahap jati diri dan nilai kepimpinan yang tinggi melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum unit badan beruniform terutamanya pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai kemahiran khusus dalam bidang pengakap,” katanya.

Bagi tujuan mengiktiraf peranan dan kesungguhan pelajar dalam menjayakan program MalPRO 2019 kali ini, terdapat pelbagai pertandingan telah dianjurkan kepada politeknik yang mengambil bahagian. Antaranya pertandingan Cabaran Kemahiran yang telah dimenangi oleh PSA, tempat kedua PKB dan ketiga dimenangi oleh PTSS. Bagi Pertandingan Silang Budaya tempat pertama adalah PKB, kedua PMU dan ketiga adalah PSA. Persembahan Terbaik Silang Budaya pula dimenangi oleh PMU dan Persembahan Paling Kreatif Silang Budaya adalah PSA. Program MalPRO 2019 pada kali ini juga telah memperkenalkan Piala Pusingan bersama Johan Keseluruhan yang telah dimenangi oleh PKB, Naib Johan PSA dan tempat Ketiga pula adalah PMU. Pemenang bagi setiap kategori ini juga membawa pulang wang hadiah kemenangan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...