> AKTIVITI KAMPUS > BAKAT, PULPAK sumbang 450 buku untuk Perpustakaan UiTM Jasin
BAKAT, PULPAK sumbang 450 buku untuk Perpustakaan UiTM Jasin
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 4 September 2019

Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Pusat Latihan Peperangan khusus (PULPAK) telah menganjurkan aktiviti pengumpulan bahan-bahan bacaan dalam kalangan ahli BAKAT, ahli keluarga dan saudara mara terdekat sejak awal tahun 2019 untuk disumbangkan kepada koleksi Buku Waqaf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Sebanyak 450 buah buku berjaya dikumpulkan meliputi pelbagai genre / bidang bacaan untuk disumbangkan kepada PTAR Jasin.

Majlis penyerahan buku wakaf ini telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 di Ruangan Waqaf, Aras 2 Bangunan PTAR UiTM Jasin.

Simbolik penyerahan buku wakaf telah disampaikan Kolonel Adi Ridzwan Abdullah, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK) kepada Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin, Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini disaksikan Pengerusi BAKAT PULPAK, Jamaliah Ainon Manah dan Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Melaka Rozaimah Mat Sidek.

Menurut Jamalia Ainon idea atau inisiatif mengumpul buku-buku ini dalam kalangan ahli BAKAT ini datangnya dari lawatan kerja/ lawatan Muhibbah ahli BAKAT ke UiTM Jasin pada 27 Mac 2019 semasa lawatan ke PTAR JASIN.

“Projek ini dimulakan terus pada April 2019 dan ia bertujuan bagi meneruskan kerjasama erat di samping menjalinkan hubungan yang akrab di antara PULPAK dan UiTM. Projek ini mendapat sokongan tertinggi daripada pengurusan PULPAK dan juga ahli BAKAT yang lain,” katanya.

Turut berlangsung di dalam majlis penyerahan tersebut adalah Bicara Buku Istimewa (Kupasan Buku) yang dikongsi sendiri oleh Kolonel Adi Ridzwan yang merupakan salah seorang penulis buku bertajuk: Malaysian Armed Forces: The Nation's Shield: 80th Anniversary. Di bawah program [email protected]

Warga BAKAT PULPAK dan tetamu yang hadir turut dibawa melawat ke Pertandingan Robotik yang dianjurkan pihak STEM.

Beliau telah mengupas pengalaman sendiri dalam operasi Lahad Datu dan juga pembangunan buku ini yang memakan masa hampir 1 tahun bagi menyiapkan kandungan buku tersebut.

Bicara Buku Istimewa ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan tema Sayangi Malaysiaku. Malaysia Bersih yang dianjurkan PTAR Jasin.

Warga BAKAT/PULPAK dan tetamu yang hadir turut dibawa melawat ke Pertandingan Robotik yang dianjurkan pihak STEM dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Matematik yang berlangsung di Aras 3 Bangunan Perpustakaan dan juga di beri penerangan mengenai kempen kampus hijau – go green yang sedang giat dijalankan UiTM Jasin.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...