> AKTIVITI KAMPUS > PKPP UMS anjur kursus TOT ke arah hasilkan mahasiswa holistik
PKPP UMS anjur kursus TOT ke arah hasilkan mahasiswa holistik
SALBINOUS SARIBUN, UMS Rabu | 4 September 2019

Kursus Training for Trainer (TOT) bagi tenaga pengajar kursus kokurikulum berkredit di Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini termasuk di dua kampus cawangan universiti tersebut iaitu Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Sandakan.

Timbalan Pengarah (Akademik) PKPP UMS, Dr. Jurry Foo berkata, program yang diterajui PKPP itu merupakan aktiviti wajib yang dianjurkan secara tahunan sebagai usaha pemantapan berterusan tenaga pengajar bagi menjamin kualiti sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

“Ia bagi membolehkan setiap tenaga pengajar menghasilkan mahasiswa yang holistik sekali gus membawa kepada pembentukan awal kendiri mahasiswa sebelum menghadapi cabaran hidup dunia sebenar. Ia seiring dengan peranan PKPP yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asas kemahiran kepimpinan dan kemahiran sosial mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Jurry, Kursus TOT kali ini disertai 90 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar yang diyakini mempunyai kemampuan menyeluruh dalam melaksanakan kursus berkredit yang ditawarkan oleh PKPP UMS.

Katanya, tenaga pengajar yang dipilih juga mempunyai latar belakang mengendalikan kursus berasaskan kemahiran dan khidmat masyarakat yang merupakan aktiviti utama PKPP dalam membimbing mahasiswa.

Peserta kursus TOT di Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan.

“Pada kursus ini, tenaga pengajar diberikan taklimat berkaitan matlamat dan ciri akademik dan kaedah pelaksanaannya serta pendedahan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PKPP termasuk tanggungjawab seseorang pengajar.

“Mereka turut menjalani latihan dalam kumpulan yang memerlukan setiap peserta mengambil bahagian mengikut kumpulan masing-masing bagi menyelesaikan tugasan yang diberi dengan tujuan memberi kefahaman mendalam tentang peranan PKPP di UMS, selain sebagai aktiviti membina hubungan kerjasama sesama tenaga pengajar,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Dr. Jurry juga menyatakan bahawa keistimewaan utama kursus berkredit di PKPP ialah adaptasi bidang disiplin kepada penghayatan dan penguasaan kendiri mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa didedahkan asas ilmu bidang dan kemudiannya dibimbing untuk mengaplikasikan ilmu itu untuk membentuk ciri kepimpinan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan bidang kepada masyarakat melalui program Siswa Prihatin (SPRINT).

“Pada sesi akademik 2019/ 2020 ini, PKPP mengekalkan kesemua komponen kursus iaitu komponen sukan, rekreasi dan waja diri, komponen seni dan kebudayaan, komponen bisnes dan teknologi, komponen kemasyarakatan dan komponen unit beruniform dan penyelamat untuk ditawarkan kepada mahasiswa.

“Kursus-kursus tersebut akan dikendalikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, khususnya kaedah PdP yang memenuhi keperluan Revolusi Industri (IR.40) termasuk mengaplikasikan pembelajaran teradun dan atas talian sebagai gaya PdP generasi kini,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...