> AKTIVITI PENSYARAH > Naib Canselor UTeM berbasikal selusuri sempadan Malaysia-Thailand
Naib Canselor UTeM berbasikal selusuri sempadan Malaysia-Thailand
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 22 Mac 2018

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib sekali lagi menjejak utara dalam Ekspedisi Kayuhan Bumi Hijau yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UTeM dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Ekspedisi Kayuhan Bumi Hijau ini melibatkan Dr Shahrin bersama dua orang lagi daripada pihak pengurusan UTeM iaitu Bendahari UTeM, Khairul Taib dan Dr. Rosli Saadan menelusuri sempadan Malaysia Thailand antaranya Padang Besar menerusi Wang Klian dan sekitar Kangar dengan jarak sejauh 100 Kilometer.

Dr Shahrin bersama Bendahari UTeM mengibarkan bendera UTeM di puncak Gunung Jerai.
Dr Shahrin bersama Bendahari UTeM mengibarkan bendera UTeM di puncak Gunung Jerai.

Menurut Dr Shahrin ketika ditemui selepas kayuhan tersebut menyatakan kegembiraan di atas kolaborasi yang dijalankan di samping berterima kasih di atas layanan baik yang diberikan oleh pihak UniMAP sepanjang beliau dan pasukan berbasikal berada di sana.

“Program ini merupakan satu pengalaman menarik bagi program kayuhan yang melibatkan kolaborasi bersama universiti awam yang lain di samping ini juga merupakan kali pertama pasukan UTeM membuat kayuhan menjelajah sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand,” ujarnya.

Kayuhan pasukan berbasikal ke Gunung Jerai.
Kayuhan pasukan berbasikal ke Gunung Jerai.

Kayuhan ini telah berlangsung selama dua hari yang mana pada hari pertama kayuhan, pasukan berbasikal UTeM telah dilepaskan oleh Naib Canselor UniMAP, Ts. Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang mana turut disertai oleh para pelajar dan kakitangan UniMAP.

Untuk hari kedua pula, pasukan berbasikal telah memulakan kayuhan dari Arau, Perlis dan menyusuri laluan berliku ke Puncak Gunung Jerai, Kedah dan berakhir di kaki Gunung Jerai dengan jarak sejauh 100 kilometer.

Pasukan bergambar kenangan di Puncak Gunung Jerai.
Pasukan bergambar kenangan di Puncak Gunung Jerai.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...