> AFTER-U > Susahnya dapat kerja! Buat 5 tip ini, pasti mudah dapat kerja
Susahnya dapat kerja! Buat 5 tip ini, pasti mudah dapat kerja
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 27 Mac 2018

Ramai orang mengeluh tentang betapa sukarnya untuk dapatkan pekerjaan. Apatah lagi bagi seorang ‘fresh graduate’! Memang... pada zaman yang serba mencabar ini, saingan terlalu kuat.

Lihat sahajalah Job Fair yang banyak diadakan, berduyun-duyun lepasan universiti yang datang untuk mencari pekerjaan. Dalam ribuan yang hadir itu, peluang pekerjaan yang ditawarkan nyata memang tidak mencukupi untuk memenuhi kesemua penyertaan. Jadi, bagaimana nak buatkan diri kita terpilih antara ribuan yang hadir itu? Tidak mudah dan tidaklah sesukar mana pun sebenarnya, asalkan tahu caranya.

Ikuti perkongsian Nik Faiz Iskandar Nik Zahari, EQ Motivator mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada graduan mahupun sesiapa sahaja yang sedang mencari pekerjaan agar mudah dapat kerja!

5 Tip Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan

1- Jadilah berbeza

Menjadi calon yang berbeza dan perbezaan yang majikan cari. Dengan menjadi berbeza, maka akan memudahkan majikan memilih bakal kakitangan mereka.

2 - Resume khas

Setiap resume yang dibuat haruslah khas dan khusus untuk syarikat yang dimohon. Ini kerana lain syarikat, lain perkara yang perlu diketengahkan.

3 - Bersedia

Buat persediaan dan persiapan yang secukupnya untuk temuduga agar temuduga tersebut dapat dilalui dengan lancar.

4 - Jaga adab

Jaga adab di dalam penulisan resume, surat iringan dan juga temuduga. Ianya sangat penting dan merupakan antara ciri yang dicari oleh ramai bakal majikan.

5 - Berusaha, berdoa, dan bertawakal

Ianya akan menjadikan diri kita tidak stres bila mana sesuatu usaha itu masih belum menjadi milik kita.

Sumber: Nik Faiz Iskandar


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...