> TIP SIHAT > Nak kekal kurus, tapi tidak menyeksa. Jom ikut cara ni...
Nak kekal kurus, tapi tidak menyeksa. Jom ikut cara ni...
NUR FADHILAH ISMADI Khamis | 29 Mac 2018

Mendapatkan bentuk badan yang ideal bukan suatu yang mudah. Ramai yang nak turunkan berat badan tapi tidak menjadi. Tambah-tambah lagi student yang mana bila stres akan belanja diri dengan makanan. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, pasti tak senang duduk kalau naik berat badan.

Ramai juga berandaian bila gemuk, keyakinan diri untuk berdepan dengan sekeliling juga tidak selesa. Pendekatan Kampus Uols kali ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka di luar sana yang sedang diet, terutama yang masih belajar.

44333295 - diet restriction and stress concept. portrait of young frustrated woman with a green measuring tape around her mouth isolated on gray wall background. face expression emotion

Bayangkan seorang wanita mampu kawal berat badan walaupun makan nasi hari-hari. Nampak mustahil tapi itulah hasil bila usaha. Jom sama-sama kita cuba.

Target diet

Pastikan diri betul-betul bersedia untuk memulakan diet. Tiada siapa yang dapat tolong kecuali dengan kesungguhan sendiri. Mana tidaknya, diri sendiri yang nak kurus kan. Jangan pula hangat-hangat tahi ayam. Setengah jalan je dah putus asa.

Diet yang betul

Yang ni penting sebab kebanyakan yang nak diet tu nak perubahan yang cepat. Itu mustahil. Sebab itulah mereka sanggup beli pil pelangsing yang kononnya dapat turunkan berat dalam masa 3 hari. Logik ke?

Jadi, apa kata dapatkan pakar atau mereka yang sudah berjaya diet dengan sihat. Kumpulkan dan barulah mula diet.

42029257 - breakfast bowl with homemade granola and berries

Sarapan jangan lupa

Kalau nak kurus, jangan lupa untuk breakfast walau hanya segelas susu. Selain nak turunkan berat badan, kita juga mesti nak sihat, kan. Jadi, sarapan ini suatu yang baik, terutama untuk pelajar sebab ia juga salah satu faktor yang boleh menjejaskan tumpuan dalam kelas.

Makanan segera

Yang ni popular di kalangan pelajar. Mungkin sebab bosan dengan makanan yang sama, mereka buat pilihan iaitu makanan segera. Tidak kira McD, KFC, pizza atau mi segera.

Tak salah nak ambil makanan segera, tapi buatlah pilihan yang bijak. Buat perbandingan yang baik supaya tidak timbul kesalan.

64592024 - mascot illustration of a human liver saying no to burger, pizza, fries, and beer

Pengambilan gula

Ramai yang kurang tahu bahawa gula merupakan penyebab kepada peningkatan kalori. Jadi, kurangkan pengambilan gula, bukan sahaja dalam minuman tetapi juga dalam makanan. Tapi, jangan pula tinggal terus. Ambil tapi hanya kadar yang sedikit.

Banyak minum air

Apa kata kita ambil pendekatan untuk sentiasa bawa air ke kelas agar diet kita menjadi seimbang. Minum air yang banyak tidak menjejaskan berat badan pun, malah ia baik untuk mengurangkan kalori dalam badan. Jadi, kalau kita minum air pun, takkan menjejaskan apa-apa. Malah sihat lagi.

Disiplin

Tiada siapa pun boleh ubah diri melainkan kita. Jadi, kalau nak kurus mestilah kena disiplin. Makanan ni keperluan, tetapi boleh memudaratkan jika tersalah langkah.

29726816 - food pyramid healthy eating concept infographic with charts vector illustration.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...