> AKTIVITI KAMPUS > Gilap bakat dan kepimpinan pelajar
Gilap bakat dan kepimpinan pelajar
Wartawan Kampus Uols Rabu | 31 Januari 2018

Tanpa usaha, maka tiadalah kejayaan. Namun usaha yang gigih dan berterusan hanya akan hadir jika disertai dengan motivasi dalaman yang kuat dan kental menghadapi apa jua cabaran. Ini yang cuba diterapkan oleh sekumpulan 30 mahasiswa dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM) yang mengunjungi SK Puncak Alam 2 dan SM Sains Kuala Selangor baru-baru ini bagi melaksanakan program ‘Remaja Masa Depan’ (REMADE).

Program gilap bakat dan pembentukan sifat kepimpinan ini merupakan program tahunan dan telah diadakan sejak 2015 lagi. Pada kali ini, seramai 200 murid dari SK Puncak Alam 2 terlibat, manakala 300 pelajar dari SM Sains Kuala Selangor.

Untitled
antara pelajara-pelajar SM Sains Kuala Selangor yang terlibat

Untitled 2
pelajar dari SK Puncak Alam 2 bergambar beramai-ramai

Menariknya, program sehari di setiap sekolah ini menggunakan pendekatan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan dalam membina keyakinan diri peserta, dan semangat kerja berpasukan yang baik. Selain dari itu, program ini juga memfokuskan kepada pengurusan kendiri yang efisien, termasuklah pengurusan masa dan penjagaan kesihatan. Kesemua peserta diminta untuk mengikuti kesemua modul yang disediakan tepat pada masanya, dan perlu menjalani aktiviti senaman fizikal yang dilakukan beramai-ramai dengan iringan muzik.

antara aktiviti yang disertai pelajar dalam memupuk kerja berpasukan

“Perkongsian ini walaupun singkat, namun impaknya boleh dilihat dari respons secara langsung yang diterima dari para pelajar sekolah. Saya mengharapkan hubungan yang telah dimulai ini dapat diteruskan oleh para fasilitator yang terlibat untuk jangka masa panjang, dalam mendekatkan UM kepada komuniti berhampiran,” kata pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, Dr. Saripah Osman, yang juga merupakan penasihat program.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUANTAN - Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) menganjurkan program Street [email protected] Musolla bagi...
Secara luarannya, untuk mahasiswa lelaki berusia 25 tahun ini mungkin tiada apa yang istimewa. Namun, di sebalik senyuman manis dan sikap rendah dirinya, anak keempat dari enam...
Jalinan kerjasama yang dimeterai dua tahun lalu antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan SALIHIN Chartered Accountant (SAC) melalui penubuhan Teaching Accounting Firm (TAF)...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
HULU TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini proaktif menggerakkan program sahsiah diri dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa di negeri ini.Terbaharu,...
Buat julung kalinya, Politeknik Nilai (PNS) menandatangani Sijil Kolaborasi bersama sebuah kolej antarabangsa, Tianjin Bohai Vocational Technical College (TBVTC), dalam usaha untuk...