> AKTIVITY MPP > Fakulti Pendidikan anjur Karnival Sukan eratkan silaturrahim
Fakulti Pendidikan anjur Karnival Sukan eratkan silaturrahim

Selaras dengan visi ‘membudayakan sukan dalam kehidupan’ Kementerian Belia & Sukan Malaysia, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya telah menganjurkan Karnival Sukan Fakulti Pendidikan 2018 baru-baru ini. Karnival yang melibatkan seluruh warga fakulti ini turut dihadiri ahli Majlis Perwakilan Pelajar, (MPP) Fakulti Pendidikan UM, Fauzan Azhan dan Ainin Azman.

Karnival Sukan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, diiringi Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Rohaida Mohd Saat dan Timbalan Dekan (Pembangunan & Penyelidikan) Fakulti Pendidikan, Dr. Ahmad Zabidi Abdul Razak, di Gelanggang Futsal dan Bola Jaring Kolej Kediaman Dayasari (KK5), UM.

1
Antara peserta yang terlibat dalam Karnival Sukan Fakulti Pendidikan UM.

Antara matlamat utama penganjuran Karnival Sukan ini adalah menjadikan Fakulti Pendidikan sebagai fakulti yang bersukan di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan dan pelajar serta memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding. Karnival yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak terutamanya dalam pertandingan futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi perempuan selain acara aerobik.

3
Pemain futsal lelaki bergambar sebelum memulakan pertandingan.

5
Gelagat pemain futsal lelaki berebut bola untuk menjaringkan gol.

2
Sukan bola jaring wanita antara aktiviti yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan.

Pihak fakulti merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada para pemenang dan para peserta di atas penglibatan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua urus setia yang menjayakan Karnival Sukan Fakulti Pendidikan pada kali ini. Diharap Fakulti Pendidikan dapat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti seumpama ini bagi mengekalkan tradisi sukan dalam kalangan warga fakulti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...