U-Inovasi > Inovasi AutoCountME ciptaan penyelidik UMT menang Anugerah Khas MPI
Inovasi AutoCountME ciptaan penyelidik UMT menang Anugerah Khas MPI
WARTAWAN KAMPUS UOLS 13 April 2018
GONG BADAK - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membolot 30 pingat emas pada Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2018 di sini, pada Khamis.

Program yang bertemakan Memacu Revolusi Industri 4.0 Menerusi Penyelidikan dan Inovasi itu anjuran bersama UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kolej Universiti TATI (TATIUC).

Lebih membanggakan lagi apabila produk ciptaan kumpulan penyelidik UMT, diketuai Dr Wan Nural Jawahir Wan Yus iaitu AutoCountME: Auto-Counting Mosquito Eggs turut dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas MPI kali ini.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMT, Profesor Dr Tengku Sifzizul Tengku Muhammad berkata, secara keseluruhan sebanyak 134 produk hasil penyelidikan universiti itu mengambil bahagian pada pameran berkenaan.

“Daripada jumlah itu, kita berjaya merangkul 30 pingat emas, 32 perak dan 44 gangsa. Pencapaian yang diperoleh melalui produk yang dihasilkan penyelidik kita ini sangat membanggakan.



“Jadi, kita berharap agar pencapaian cemerlang ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, di samping kejayaan hari ini dapat memberi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik muda yang lain,” katanya.

Sementara itu, majlis penyampaian pingat itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang. Hadir sama, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...