> STAR > Fahmi Jaguh Kebanggaan UM
Fahmi Jaguh Kebanggaan UM
Zalmimazura Zahari Khamis | 1 Februari 2018

Personaliti sukan kali ini agak ‘unik’ dan versatil orangnya. Bukan apa, boleh dikatakan hampir semua kategori dia rembat. Bukan hanya cemerlang dari sudut akademik dan kesukanan, juga berkebolehan dalam seni tarian! Kebolehan luar biasa, kan. Tak hairanlah jika dia boleh dikategorikan sebagai ‘jaguh’ harapan buat Universiti Malaya.

Nak tahu lebih lanjut tentang jejaka dari Selangor ini, jom kita berkenalan dengannya.

“Saya perkenalkan diri, nama diberi Muhamad Amirul Fahmi bin Mohd Amin, mesra dengan panggilan Fahmi. Saya mula bergiat aktif dalam sukan sepak takraw sejak di bangku sekolah rendah lagi dan ketika di sekolah menengah saya telah berjaya membantu pasukan sepak takraw di sekolah saya untuk merangkul pingat perak di Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) Kuala Lumpur.

star fahmi 3
Fahmi sukakan cabaran

“Kini di peringkat universiti, saya telah dilatih oleh bekas pemain sepak takraw negara, Zulkarnain Arif untuk mewakili Universiti Malaya ke Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

star fahmi 2
bersama jurulatih pasukan

S/h: Aktiviti hujung minggu

“Selain itu, saya kerap menghabiskan cuti hujung minggu dengan melibatkan diri dalam aktiviti lasak seperti mendaki Bukit Broga di Semenyih, merentas halangan di Skytrex Adventure Park dan Jumpstreet Asia (Trampoline Park). Saya juga menyertai banyak acara larian 5km dan 10km seperti anjuran Mizuno Road Run, KL New Year Run, Run for Aids dan banyak lagi.

“Saya menggemari aktiviti tersebut kerana saya ingin mencabar diri untuk menjadi seorang yang lebih berani dalam apa jua keadaan dan apabila saya berjaya menghabiskan larian, saya berasa puas hati malah aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan saya.

S/h: Seni tari dan anugerah Dekan

star fahmi 5
selain bidang akademik dan sukan, Fahmi juga aktif dalam tarian seni persembahan

“Kebanyakan rakan ramai yang tak tahu bahawa saya berkebolehan untuk menari tarian zapin dan inang. Di universiti, saya telah mewakili kolej kediaman dalam pertandingan menari tarian asli di Festival Seni (FESENI) di Universiti Malaya.

“Syukur alhamdulillah berkat usaha dan doa yang berterusan, saya juga telah dianugerahkan Dean’s List Award di Fakulti Kejuruteraan. Hal ini merupakan salah satu batu loncatan untuk saya lebih bersemangat untuk berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam bidang sukan dan seni.

“Sudah tentu orang yang menjadi tulang belakang atas kejayaan saya selama ini ialah ibu dan ayah yang tidak jemu-jemu memberikan semangat dan dorongan untuk saya terus maju ke hadapan.

star fahmi 4
ahli keluarga adalah kekuatan buat Fahmi

“Nasihat saya kepada pelajar di luar sana, mahasiswa perlu melibatkan diri dengan aktiviti luar kuliah malah mahasiswa perlu bijak membahagikan masa supaya seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Jika seseorang mahasiswa tersebut tidak begitu aktif dalam bidang sukan, mereka boleh melibatkan diri dengan projek-projek yang diadakan di kolej kediaman atau aktiviti-aktiviti akademik yang lain. Sebagai contoh projek kolej yang memberi bantuan dan sumbangan kepada golongan miskin kota dan anak-anak yatim, mahasiswa digalakkan untuk menyertai kerana mereka bukan sahaja dapat menimba ilmu yang baru malah dapat merasakan sendiri bagaimana kesusahan yang dihadapi oleh golongan tersebut untuk meneruskan kehidupan yang serba moden kini,” kata Fahmi.

Untitled
Fahmi bersama rakan sepasukan sepak takraw

Biodata

Nama penuh: Muhamad Amirul Fahmi Mohd Amin

Umur: 20 tahun

Asal: Selangor

Bilangan adik beradik: Anak ke dua daripada empat beradik

Pekerjaan ibu bapa: bapa pesara tentera dan ibu pegawai tentera

Institusi: Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal)

Hobi: Bermain sepak takraw

Cita-cita: Jurutera

Idola: Shahir Rosdi (pemain sepak takraw negara)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Personaliti sukan kali ini agak ‘unik’ dan versatil orangnya. Bukan apa, boleh dikatakan hampir semua kategori dia rembat. Bukan hanya cemerlang dari sudut akademik dan...
Secara luarannya, untuk mahasiswa lelaki berusia 25 tahun ini mungkin tiada apa yang istimewa. Namun, di sebalik senyuman manis dan sikap rendah dirinya, anak keempat dari enam...
Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM melalui pejabat Timbalan Dekan HEP dan warga fakulti telah menganjurkan secara usahasama satu program yang dinamakan The Malaysian Book of...
Bermula sebagai hobi seawal usia lapan tahun, siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, seorang pelajar mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama dalam menggalas cabaran di...
Memfokuskan penyelidikan saintifik dan inovasi dalam bidang pembinaan dan digital teknologi, Universiti Reading Malaysia (UoRM) menjalinkan kerjasama sebuah institusi swasta dari...
Ragbi merupakan antara sukan popular bagi negara-negara luar berbanding di Malaysia. Nama-nama seperti All Blacks, gelaran bagi pasukan New Zealand, Springbok (Afrika Selatan),...