> TEMPAT LEPAK > Nak makan sedap dengan harga pelajar, jom ke Foodsbury!
Nak makan sedap dengan harga pelajar, jom ke Foodsbury!
Zalmimazura Zahari Khamis | 1 Februari 2018

Korang tau tak ada satu kafe yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam, betul-betul di belakang stesen minyak Shell. Walaupun kedudukannya agak tersorok, tapi kafe tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung terutama pelajar kampus.

Kalau nak tahu, itulah Foodsbury mula beroperasi sejak empat tahun yang lalu. Kini, kafe tersebut kian mendapat tempat di hati pelanggan. Dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam sememangnya sesuai dijadikan tempat lepak kerana dekorasinya yang santai dan seolah-olah berada di rumah.

“Di satu sudut kami sengaja letakkan sofa dan almari buku supaya pelanggan selesa dan nampak seperti berada di rumah. Dan port tu selalu para pelajar suka lepak,” kata pemilik Foodsbury, Hanis Hazwan Abdul Manaf.

Untitled 7
Pengusaha kafe, Hanis Hazwan Abdul Manaf

Menurut Hanis, kafe ini dibuka untuk dijadikan ‘komuniti’ yang mana tempat berkumpul untuk semua golongan. Bermula jam 12 tengah hari hingga jam 6 petang, biasanya dikunjungi oleh para pelajar dari IPT berdekatan setelah tamat sesi kuliah. Manakala sebelah malam pula kafe dipenuhi dengan pelanggan yang membawa ahli keluarga.

Kafe ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan

Malah Hanis sendiri tidak kisah jika ada di antara pelanggannya hanya minum air dan duduk lama semata-mata untuk melayari wifi percuma kerana dia faham situasi seorang pelajar. Bagi Hanis, apa yang penting mereka datang dan seronok berada di kafenya.

Sebagai strategi pemasaran juga, Hanis turut menyediakan potongan 10 % untuk pelajar kampus dengan syarat mereka kena tunjukkan kad pelajar sebagai bukti.

“Antara menu wajib yang menjadi pilihan pelajar adalah Spice Beef Olio. Rasanya yang enak dengan harga berpatutan memang sangat berbaloi. Selain itu kita juga hidangkan set makanan dalam bentuk talam. Banyak dan menjimatkan, sesuai untuk pelajar makan beramai-ramai,” kata Hanis.

Antara menu yang pastinya menggoda selera pelanggan


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) atau ada juga yang sebut Ais Kacang? Kalau anda seorang peminat tegar ABC, tentunya anda tidak akan melepaskan peluang...
Bila sebut kafe mesti terbayang ala-ala hipster kan? Mesti korang nak sesuatu yang lain dan unik. Kalau nak tahu, ada satu kafe baru berlokasi di negeri Cik Siti Wan Kembang....
Seorang pelajar tahfiz tidak menyangka cita-citanya untuk bergelar qari berubah selepas mendalami ilmu automatif di Akademi Saga, di sini.Lukman Nurhakim Abdul Rahman, 20, malah...
SHAH ALAM - Seramai kira-kira 100 bekas pelajar yang sudah menamatkan pengajian antara 2006 dan 2017 menghadiri Majlis Makan Malam Alumni 2017 bertema The Royal Return, baru-baru...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, AlorGajah memafaatkan kemudahan tasik yang dinamakan Tasik Gemilang dalam kampus induk itu menerusi aktiviti...
HULU TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini proaktif menggerakkan program sahsiah diri dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa di negeri ini.Terbaharu,...