> > Machinoeki bakal melanda Malaysia? Apakah...
Machinoeki bakal melanda Malaysia? Apakah...
Wartawan Kampus Uols Jumaat | 26 Januari 2018

Machinoeki mungkin janggal pada pendengaran kita, tetapi di negara Jepun machinoeki telah lama diamalkan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Konsep ‘machinoeki’, atau bakal dikenali di Malaysia sebagai Hentian Komuniti, adalah pusat sehenti komuniti yang merupakan titik tumpuan di mana seseorang pejalan kaki boleh gunakan untuk berehat, mendapatkan maklumat, atau boleh juga digunakan untuk bersosial dengan orang lain.

Untitled3
ruang dalam salah sebuah premis machinoeki di Jepun yang memudahkan interaksi di antara pengunjung

Terdapat empat fungsi yang disediakan oleh pusat ‘machinoeki’, iaitu penyediaan bilik rehat percuma, penyediaan maklumat dan panduan untuk pelawat, kemudahan bagi membenarkan interaksi sosial antara pelawat dan penduduk setempat, dan penyediaan platform kerjasama antara pemilik pusat-pusat ‘machinoeki’ yang lain.

Pensyarah kanan di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) yang merupakan penyelidik utama projek ini, Dr. Yong Adilah Shamsul Harumain berkata, konsep ‘machinoeki’ sebenarnya hampir serupa dengan konsep kawasan rehat dan rawat yang ada di lebuh raya, tetapi terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya.

Untitled 5
ketua penyelidik dari UM, Dr Yong Adilah Shamsul Harumain

Untitled 2
kumpulan penyelidik UM ketika melaksanakan tinjauan di premis yang melaksanakan konsep machinoeki di Jepun

“Kelebihan ‘machinoeki’ ialah ia tidak semestinya memerlukan pembinaan kemudahan baru. Apa jua kemudahan yang sedia ada, sama ada kedai, muzium, hospital, sekolah, atau dewan bandar, boleh dijadikan ‘machinoeki’,” kata Dr. Yong Adilah.

Untitled4
salah seorang petugas di premis machinoeki Jepun

Lebih menarik, cadangan implementasi konsep ‘machinoeki’ oleh kumpulan penyelidik UM ini akan bermula di Taiping, Perak yang melibatkan bangunan warisan seperti Persatuan Hokkien, perpustakaan, Galeri Perbandaran Taiping, Muzium Taiping, dan bangunan-bangunan bersejarah yang lain.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hasil dedikasi dan kesungguhan beliau dalam bidang yang diceburi ternyata menjadi kelebihan kepada Profesor Dr. Rajah Rasiah dari Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai Profesor...
Bermula sebagai hobi seawal usia lapan tahun, siapa sangka dalam usia semuda 21 tahun, seorang pelajar mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama dalam menggalas cabaran di...
Datuk Dr PB Ashok (Pengarah Pengurusan, Kolej Antarabangsa Cyberlynx) Ke mana arah tuju bola sepak?Kemungkinan besar inilah persoalan yang mungkin difikirkan kita sejajar...
Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti kedua tertua di negara ini.
Dari luar cafe sudah boleh nampak kekemasan kayu pallet yang menghiasi di setiap ruang sudut dan perabot di Der Garage Bistro ini. Masakan tidak, dari kerusi, meja, dinding, tempat...
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berinisiatif dalam membantu sebagai urusetia menjayakan penganjuran pembangunan usahawan dalam kalangan...