U-In-News > ISU > Ini akibatnya jika anda tak balik mengundi... nombor 3 tu paling seram!
Ini akibatnya jika anda tak balik mengundi... nombor 3 tu paling seram!
NUR FADHILAH ISMADI 23 April 2018

Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.

Ramai pihak sudah mengeluarkan pelepasan untuk memberikan ruang dan kemudahan kepada kita untuk turun mengundi. Jadi, tidak sepatutnya timbul alasan untuk tidak mengundi.

Tetapi ada pula yang menimbulkan persoalan, kenapa perlu mengundi? Penting sangatkah? Itu belum lagi mereka yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka tidak sedar bahawa undi mereka itu sebenarnya penting.

Jadi kalau dengar ada yang mencari alasan untuk tidak mengundi nanti, pujuk dan ajaklah dia. Beritahu mereka sebab dan akibatnya kalau sengaja tak keluar untuk mengundi. Bagi dia rasa bersalah sikit kalau tak mengundi.

1 - Sebab orang tak turun mengundi, kuasa pemerintahan jatuh kepada yang tidak sepatutnya

Perlu ingat dalam kepala yang satu undi boleh mengubah segalanya. Jangan rasa satu undi itu tidak menjejaskan proses pemilihan pemerintahan. Korang salah!

Jangan sebab korang, orang yang tidak sepatutnya boleh memegang kuasa pemerintahan akan mengambilalih. Apabila itu terjadi, kita yang tidak mengundi adalah penyebab kerana tidak turun menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.

Jadi, ambil inisiatif dan wajib turun mengundi untuk PRU14 nanti yang tinggal beberapa hari saja lagi.



2 - Undi anda boleh memperbaiki kelemahan yang ada

Selama lima tahun tempoh pemerintahan, mesti dah lihat siapa dan bagaimana kuasa pemerintahan mereka dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Kalau dah nampak kelemahan yang ada, masa pilihanraya inilah kita kena bertindak. Undilah pada yang calon yang tepat dan boleh menyelesaikan semua masalah yang selama ini kita sebagai rakyat hadapi.

Jadi, setiap undian itu boleh mengubah Malaysia menjadi lebih baik.

3 - Jangan terlampau percaya pada ramalan

Menjelang PRU14 ini, pelbagai ramalan dan gambaran yang dikeluarkan daripada pelbagai pihak terutama media. Kononnya bakal mendapat undian yang banyak dan menang besar. Akhirnya, kita akan rasa... 'kalau tak mengundi pun okay je'.

Jangan begitu. Tak perlu terlampau percaya dan merasakan undian anda tidak perlu. Ingat! Undian anda diperlukan dalam menentukan kemenangan.

Siapa yang kalah dan siapa yang akan memerintah nanti bukan datang daripada ramalan, tetapi daripada undian kita semua.



4 - Undi anda, Hak anda

Ketika inilah, suara semua warganegara Malaysia yang layak dan boleh mengundi ini akan didengari. Tetapi seandainya tidak turun mengundi, secara tidak langsung anda bakal mengubah masa depan negara hanya kerana keengganan kita turun mengundi.

Ingatlah!
Jangan kita dikatakan hanya pandai lantang bersuara menyatakan soal politik sedangkan diri sendiri pun tak keluar untuk mengundi.

Lagipun, mengundi hanya lima tahun sekali. Masa yang diambil untuk mengundi pun tidak setanding dengan keputusan besar untuk menentukan pemerintahan negara untuk lima tahun akan datang. Gunakan hak kita semua untuk menentukan masa depan negara.

5 - Undi untuk perubahan orang lain

Undi yang kita lakukan bukan sahaja untuk suara kelompok kita sahaja, tetapi ia juga mampu mengubah kehidupan mereka di luar sana yang berada dalam kesempitan.

Konsep demokrasi di Malaysia ini sebenarnya untuk memberi ruang dan hak kepada rakyat untuk memilih. Jadi apa guna Malaysia amalkan demokrasi kalau anda sendiri yang menolak. Jangan kerana bencikan sesetengah golongan parti, anda protes untuk tidak turun mengundi. Dan jangan pula sesekali kita sengaja membuat undi rosak apabila membuat undian. Tiada gunanya, malah cukup merugikan.



Bangkitlah anak muda dari zon selesa, Jom sama-sama kita turun mengundi.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...