Uni-Kita > AKTIVITI KAMPUS > Mahasiswa SEKRUM ceriakan komuniti pesakit kanser
Mahasiswa SEKRUM ceriakan komuniti pesakit kanser
WARTAWAN KAMPUS UOLS 16 May 2018
Setiap hujung minggu pada hari Sabtu, seramai 20 sukarelawan daripada Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SUKREM) akan berkunjung ke Rumah Kanser, No. 13, Jalan 16/4, Petaling Jaya, Selangor untuk membersihkan kawasan dan menceriakan komuniti pesakit kanser di sana.

Usaha murni yang dinamakan UM for Cancer Community ini telah dianjurkan oleh Pensyarah Jabatan Perubatan Pemulihan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Loh Siew Yim sebagai platform kepada sukarelawan untuk mencantikkan rumah tersebut supaya menjadi tempat persinggahan komuniti pesakit kanser.

Profesor Madya Dr. Loh Siew Yim

“Setiap hari Sabtu, seramai 20 sukarelawan SUKREM akan datang (setiap sesi orang yang berbeza) untuk melestarikan rumah kanser agar kelihatan cantik dan ceria bagi menyambut Persatuan Delegasi Kanser yang datang dari 11 buah negara berlainan.

Sukarelawan yang terlibat bergambar kenangan di kawasan rumah kanser.

Sukarelawan membersihkan kawasan sekitar rumah kanser.

Antara aktiviti mengecat yang dihasilkan oleh sukarelawan bagi menceriakan kawasan ruimah kanser.


“Selain mengecat rumah kanser dengan membuat mural, lukisan dan tulisan yang berkaitan dengan kanser, para sukarelawan juga menanam tanaman yang dapat memberi manfaat seperti aloe vera yang dikatakan dapat merawat penyakit kanser payudara dan bunga ‘purple showers’ sebagai rawatan untuk penyakit kanser paru-paru,” katanya.

Harapan beliau agar program dilaksanakan ini dapat mencapai objektif yang dinyatakan serta memberi impak baik kepada para sukarelawan serta komuniti yang terlibat dan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

Nurul Farhana Samsudin

Bagi Nurul Farhana Samsudin, pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM, juga salah seorang sukarelawan yang terlibat berkata, penganjuran program sebegini sangat bermanfaat kerana dapat merapatkan ukhuwah sesama mereka di samping mendedahkan kepada mereka tentang penyakit bahaya tersebut.

NurSyazwani Ezzaty Azman

Manakala NurSyazwani Ezzaty Azman, pelajar Fakulti Kejuruteraan UM yang menyertai sukarelawan tersebut berkata, pengalaman bersama komuniti pesakit kanser merupakan pengalaman cukup berharga kerana berpeluang mendekati golongan ini serta berkesempatan berkongsi kisah dengan mereka.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...