U-Inovasi > Lumba bionik berbasikal, inovasi teknologi FES UM untuk OKU menyerlah di peringkat dunia
Lumba bionik berbasikal, inovasi teknologi FES UM untuk OKU menyerlah di peringkat dunia
Cybathlon merupakan pertandingan sukan berteknologi tinggi untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di peringkat dunia. ETH Zurich telah menganjurkan Cybtahlon pertama di dunia pada 8 Oktober 2016 di Swiss Arena Kloten, Switzerland.

Sekurang-kurangnya 70 orang atlet OKU bersama pasukan masing-masing telah terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan ini melibatkan kerjasama antara para atlet OKU dan jurutera dari 25 buah negara (United Kingdom, Brazil, Perancis, Jerman, Switzerland, Thailand, Jepun, Mexico, USA, Hong Kong, Australia, dan lain-lain). Satu perempat daripada pasukan yang menyertai adalah daripada industri, manakala selebihnya merupakan pasukan dari makmal-makmal universiti dari seluruh dunia.

Terdapat enam acara yang dipertandingkan iaitu Powered Arm Prosthesis Race (ARM), Powered Wheelchair Race (WHEEL), Powered Exoskeleton Race (EXO), Powered Leg Prosthesis Race (LEG), Brain-Computer Interface Race (BCI) dan Functional Electrical Stimulation Bike Racing (FES).

Peserta OKU lumpuh berbasikal mengelilingi trek perlumbaan dalam acara FES di Cybathlon 2016.

Pasukan kami dari Universiti Malaya (UM) telah bekerjasama dengan pasukan dari University of Sydney, Australia bagi acara Functional Electrical Stimulation Bike Racing (FES). Pasukan kami telah berjaya mendapat tempat ketujuh daripada 12 pasukan dari seluruh dunia yang bertanding.

Bantu golongan OKU

FES merupakan acara yang mana atlet OKU berbasikal dengan bantuan simulasi tiruan ke atas saraf motor untuk merangsang kontraksi otot dalam menghasilkan daya gerakan kayuhan. Penggunaan elektrod dan mekanisme kawalan yang tepat mampu memaksimumkan daya kuasa kayuhan.

Atlet OKU dari pasukan UM-University of Sydney, Greg McClure melakukan semakan kualifikasi terakhir sebelum pertandingan bagi acara FES di Cybathlon 2016.

Sebagai persediaan untuk menyertai acara ini, atlet OKU haruslah berlatih selama beberapa bulan untuk membina semula otot mereka yang telah lumpuh dan meningkatkan daya ketahanan mereka. Atlet OKU yang berjaya menamatkan 5 pusingan (750 meter) dengan masa tersingkat dikira sebagai pemenang.

Tujuan utama Cybathlon diadakan adalah untuk membantu golongan OKU mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian dengan bantuan teknologi sokongan teknikal terkini berserta kolaborasi daripada penyelidikan dalam bidang perubatan dan rehabilitasi robotik.

Acara ini juga bertujuan untuk menunjukkan limitasi teknologi sokongan terkini di samping memberi inspirasi dan dorongan kepada para penyelidik untuk membina teknologi yang lebih berguna, praktikal, dan diterima luas oleh golongan OKU.

Kolaborasi pasukan UM-University of Sydney dalam Cybathlon 2016 di Zurich, Switzerland.

Galak penyertaan golongan muda, pelajar

ETH Zurich telah menganjurkan Cybtahlon pertama di dunia pada 8 Oktober 2016 di Swiss Arena Kloten, Switzerland. Pihak penganjur telah mengadakan konsep terbuka yang menggalakkan penyertaan secara tidak langsung daripada masyarakat awam terutamanya golongan pelajar muda.

Malaysia diwakili Puteri Nur Farhana Hamdan, 26, pelajar Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UM yang juga ahli pasukan FES Cycling. Ia turut mendapat sokongan atlet OKU acara FES, Greg McClure, 51, yang juga subjek penyelidikan University of Sydney, Australia.

Puteri Nur Farhana bersama salah seorang peserta OKU lumpuh bagi acara EXO di Cybathlon 2016.

Harga tiket yang berpatutan dan pelbagai acara yang menarik yang dianjurkan secara tidak langsung telah menggalakkan orang ramai untuk datang melihat dan memberi sokongan kepada acara ini. Ini secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat awam untuk memahami kepayahan yang dialami oleh golongan OKU dalam kehidupan seharian, sekali gus mengagumi usaha mereka.

Menerusi acara ini, golongan muda terutamanya pelajar sekolah dan universiti, dapat memupuk minat yang mendalam terhadap perkembangan teknologi bantuan teknikal untuk golongan OKU.

Acara sebegini akan diadakan dua tahun sekali. Pada 2018, acara ini akan diadakan di London, dan pada 2020, ia kembali diadakan di Switzerland. Kami berharap agar lebih banyak penyertaan dari universiti tempatan Malaysia dalam acara ini kerana ia memberikan banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping dapat membantu mengembangkan teknologi bantuan teknikal untuk golongan OKU di Malaysia.

Pasukan UM-University of Sydney mengabadikan kenangan semasa di Cybathlon 2016, (dari kiri) Dr. Nur Azah, Prof Madya Dr. Nazirah Hasnan, Puteri Nur Farhana, Greg McClure dan Che Fornusek.

STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...
MASYARAKAT Orang Asli sering dikaitkan dengan kelompok keluarga miskin dan tinggal di kawasan pedalaman pada masa lalu tanpa mempunyai kemudahan asas yang mencukupi. Walau...