U-In-News > SEL KL > Bukan suka-suka... ini 4 alasan mengapa Tun Mahathir mahu pegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran
Bukan suka-suka... ini 4 alasan mengapa Tun Mahathir mahu pegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran

PETALING JAYA – Seramai 13 menteri kabinet baharu dijangka akan angkat sumpah jawatan pada Isnin ini di hadapan Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walau bagaimanapun hari ini hanya mengumumkan dua portfolio baharu yang mengisi Menteri Pelajaran dan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Saya selaku Menteri Pelajaran manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang portfolio Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

“Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng yang lain akan isytihar kemudian dalam minggu ini juga,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan), di sini.

Pengerusi Harapan itu menyatakan sekiranya mendapat perkenan daripada Istana Negara, 13 menteri kabinet baharu akan angkat sumpah pada Isnin, 21 Mei ini.

Kerajaan Harapan bercadang untuk melantik 25 barisan menteri kabinet, bagaimanapun cuma 13 sahaja menteri akan angkat sumpah pada Isnin ini.

Ketika ditanya mengenai kelewatan Harapan membentuk Kabinet penuh, Mahathir berkata, Harapan dianggotai empat parti membuatkan mereka sukar mendapatkan kata putus.

“Kita (Harapan) ada empat parti, masing-masing nak kementerian tertentu kadang-kadang timbul pertindihan.

“Kita kena tentukan menteri yang layak untuk kendalikan kementerian tertentu,” jelasnya.

Sementara itu, Mahathir menyatakan pilihannya untuk mengemudi portfolio kementerian pelajaran kerana kini ramai yang tidak berpelajaran dan pembaziran tenaga pengajar.

“Saya pegang portfolio sebab sekarang ramai tidak berpelajaran, selain itu pengajaran komputer perlukan cara pendidikan cara baharu.

“Tak cukup tenaga pengajar, guna seorang guru komputer untuk ajar perisian komputer untuk semua pelajar,” katanya.

Sebelum minggu ini berakhir beliau akan mengumumkan senarai 13 kabinet yang akan mengangkat sumpah, manakala baki 12 lagi akan dilantik mengikut keperluan semasa.

INFO:

4 Sebab Tun Mahathir pegang portfolio Menteri Pelajaran

1- Ramai rakyat Malaysia tidak berpelajaran.

2- Pembaziran tenaga pengajar.

3- Pengajaran komputer perlu cara pendidikan baharu.

4- Tidak cukup tenaga pengajar komputer.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Setelah pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Dr Maszlee Malik ada menyatakan, dirinya sendiri turut terkesan dengan pelbagai kesukaran dan bebanan yang dihadapi oleh murid dan...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...