U-In-News > ISU > Bergelar isteri pada usia 18 tahun, pasangan pelajar ini kongsi rahsia manisnya kahwin muda
Bergelar isteri pada usia 18 tahun, pasangan pelajar ini kongsi rahsia manisnya kahwin muda
ZALMIMAZURA ZAHARI 29 March 2018
Memegang status isteri ketika usia 18 tahun bukan penghalang buat Nadhirah Mustapha atau lebih mesra dengan panggilan Ira, untuk mengejar impiannya bergelar akauntan. Penuntut jurusan diploma Akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah, sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang bakal ditempuh nanti.

Ira yang mendirikan rumah tangga dua tahun lalu bersama suami tercinta, Datu Hairie Hilmi Bin Benhar Amirul, 20 tahun, bersyukur kerana suami memberi keizinan untuknya menyambung pengajian.

Ira dan suaminya berkahwin pada usia 18 tahun selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menariknya, Ira dan suaminya dapat menyambung pengajian di Politeknik yang sama, cuma berbeza jurusan.

Ira dan Hairie tidak menjadikan kahwin muda sebagai halangan untuk mereka mencapai kejayaan.

Namanya pun perkahwinan, tentu sahaja banyak ragam sepanjang hidup bersama. Apatah lagi melayari bahtera dalam usia yang begitu muda. Bagaimana Ira dan Hairie menanganinya sementelah pula perlu memberi fokus pada pelajaran?

Ikuti tip-tip daripada Ira berkenaan kahwin muda.

1. Jangan takut untuk kahwin muda.

Jika sudah bertemu dengan pasangan yang mampu membawa ke jalan yang baik, why not terima sahaja. Sama-sama boleh belajar dan perbaiki diri.

2. Dapat restu daripada keluarga.

Paling penting, perkahwinan itu mesti mendapat keizinan dan restu daripada ibu ayah, barulah perkahwinan itu berkat dan berpanjangan.



3. Kahwin muda memang mencabar jiwa dan akal.

Cabaran memang kuat. Jadi, kena saling terima kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing.

4. Persiapkan mental dan fizikal.

Kalau korang merancang untuk tidak mendapat anak awal, buat perancangan keluarga. Sebaliknya jika tidak, perlu persiapkan mental dan fizikal untuk menerima kehadiran orang baru. Itu belum lagi termasuk simptom alahan, saiz badan mula mengembang dan sebagainya.

5.Jangan fikir kahwin muda rezeki makin berkurangan.

Yakin dengan rezeki Allah, orang yang kahwin muda insya-Allah akan dimurahkan rezekinya dalam pelbagai bentuk. Macam saya sendiri, saya first intake, manakala suami saya second intake. Rezeki kami dapat belajar di tempat yang sama.



6. Boleh keluar berdua-duaan.

Tak siapa nak larang atau marah sebab dalam Islam pun hubungan itu sudah halal.

7. Sentiasa bersama.

Rasa seronok bila ada orang yang selalu menemani ketika belajar dan makan seperti kawan baik yang tak pernah terpisah. Sentiasa fikirkan tentang masa depan dan cita-cita yang boleh kami cuba pakai bersama-sama.

8. Boleh sambung belajar di rumah.

Dah sama-sama bergelar pelajar, jadi masa kat rumah boleh sambung belajar bersama suami, atau bertukar-tukar pendapat.

9. Saling bantu membantu.

Setiap pasangan yang berkahwin tidak kira yang muda atau dewasa, kena ada sikap bantu membantu dalam menguruskan rumah tangga. Dari memasak, mengemas, membasuh perlu lakukan bersama. Jangan mengharapkan satu pihak sahaja.



10. Elak dari bersosial.

Untungnya bila kahwin muda, secara tak langsung kita ada jurang untuk tidak terlalu bersosial bersama rakan-rakan di luar bagi menjaga status dan nama baik suami.

11. Tingkatkan prestasi pembelajaran.

Dalam kes saya ini, bila kami selalu mengulang kaji pelajaran di rumah bersama, secara tak langsung prestasi pembelajaran saya semakin meningkat.

Memang kita sering dimomokkan bahawa pasangan kahwin muda biasanya jodoh tak panjang dengan alasan pasangan tak matang dan terikut-ikut jiwa muda. Tapi kita kena fikir positif, dan ambil pendekatan secara menyeluruh.

Seharusnya masyarakat lebih terbuka dalam membincangkan isu perkahwinan pada usia muda kerana kehidupan berubah dari semasa ke semasa menyebabkan pemikiran dan tindakan golongan muda berbeza mengikut persekitaran, latar belakang pendidikan dan ekonomi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Demam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin dirasai. Bagi pengundi baru pula, ini semestinya pengalaman yang sangat dinanti-nantikan.Ramai pihak sudah mengeluarkan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
Setelah pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Dr Maszlee Malik ada menyatakan, dirinya sendiri turut terkesan dengan pelbagai kesukaran dan bebanan yang dihadapi oleh murid dan...
Penuntut jurusan diploma akaun dari Politeknik Port Dickson ini tidak menjadikan ‘status isteri’ hanya layak duduk di rumah sebaliknya ingin berjaya dalam karier yang...