U-DIREKTORI
Apply Now
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

UIAM merupakan salah sebuah universiti yang menjadi perhatian di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi.

Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur.

Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor dan di Gambang, Pahang. UIAM mempunyai 13 buah kuliah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Jalan Gombak,

53100 Gombak, Selangor

Tel : 03-61964000

Faks : 03-61964053

Layari: http://www.iiu.edu.my


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Satu kerjasama strategik antara Kelab Jalinan Siswa Bersama Masyarakat Asli, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (JASA UIAM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan salah sebuah universiti yang menjadi perhatian di dunia Islam.
Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. Entiti akademik yang terkenal di seantero dunia ini terletak di Serdang,...
KUANTAN- Cuaca hujan tidak menghalang penuntut menjayakan program Pendakian ke Bukit Pelindung dan jalan-jalan di Teluk Cempedak baru-baru ini.Program anjuran Youth of Happiness (...
Bengkel Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan Tinggi telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) Prof. Emeritus Dr....
Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen kini Ketua Eksekutif Universiti Antarabangsa Al Madinah yang dulunya merupakan Mantan Timbalan Rektor UIA