> TRENDING > Acer Malaysia lancar komputer riba edisi khas
Acer Malaysia lancar komputer riba edisi khas
BERNAMA Khamis | 19 April 2018

Syarikat pengeluar komputer dan peralatan ICT, Acer telah melancarkan tiga komputer riba edisi khas Marvel’s Avengers: Infinity War baharu, hasil kerjasama dengan Marvel Studios, penerbit francais siri “Avengers” untuk pasaran Malaysia.

Komputer riba berkenaan ialah Aspire 6 (Edisi Captain America), Nitro 5 (Edisi Thanos) dan Swift 3 (Edisi Iron Man), yang diinspirasikan oleh karakter daripada filem akan datang, ‘Avengers: Infinity War’.

Pada majlis pelancaran hari ini, Pengurus Produk Acer Malaysia Jeffrey Lai berkata: “Malaysia merupakan antara lapan negara yang mendapat hak untuk memasarkannya di rantau Asia Pasifik selain Filipina, Indonesia, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan India.

“Selain daripada prestasi cemerlang, pengguna juga mencari komputer riba serba boleh untuk kerja, hiburan serta menikmati pengalaman permainan. Kami percaya Avengers dan Marvel Cinematic Universe mempunyai kumpulan peminat dan pengikut yang besar yang akan tertarik dengan komputer riba baharu ini,” katanya pada pelancarannya baru-baru ini.

1
Pengurus Produk Jualan Acer Jeffrey Lai (kiri) dan Ketua Jualan Komputer Bimbit dan Komputer Pintar Mudah Alih Acer Johnson Seet (kanan) menunjukkan komputer riba Acer baharu edisi khas Marvel’s Avengers sempena pelancaran komputer riba tersebut di The Starting baru-baru ini. - Foto Bernama

Dengan penutup aluminium premium aluminium yang menampilkan pentagram ikonik Captain America, Acer Aspire 6 Edisi Captain America dikuasakan oleh pemproses 8th Gen Intel Core i5 dan grafik NVIDIA GeForce MX150. Aspire 6 edisi khas ini didatangkan bersama memori 4GB DDR4 dan storan 1 TB SATA HDD.

Ia mempunyai paparan Full HD bersaiz 15.6 inci dengan teknologi IPS, menawarkan warna konsisten dan pandangan dari sudut yang luas, manakala pilihan sambungan termasuk USB 3.1 Type-C port, USB 3.0 port yang menyokong pengecasan power-off, dan dua port USB 2.0.

Nitro 5 Edisi Thanos dilengkapi dengan 128 GB SSD yang amat pantas serta dipadankan dengan storan 1 TB HDD. Satu port Gigabit Ethernet menawarkan sambungan berwayar yang pantas dan boleh diharap manakala teknologi tanpa wayar 802.11ac 2X2 MU-Mimo menawarkan ketersambungan tanpa wayar yang cukup laju.

Pilihan port yang komprehensif termasuk satu port USB 3.1 Type-C (Gen 1), satu port USB 3.0 dengan pengecasan power-off, dua port USB 2.0 dan satu port HDMI 2.0. Ia juga menampilkan dua kipas dengan teknologi Acer Coolboost.

Berukuran 17.95 mm tinggi dan seberat 1.6 kg, reka bentuk Swift 3 yang ringan dan nipis didatangkan bersama penutup bahagian atas yang dihias nyalaan Reactor Iron Man. Komputer riba ini dengan paparan antisilau Full HD IPS.

Ia dilengkapi pemproses 8th Gen Intel Core i5, Intel UHD Graphics 620, sehingga 10 jam jangka hayat bateri, 256GB SSD, memori 8GB dan 802.11ac 2x2 MU-MIMO Wi-Fi, selain port USB 3.1 Type-C.

Aspire 6 Edisi Captain America berharga RM3,299, Nitro 5 Edisi Thanos pada RM4,299 dan Swift Edisi Iron Man pada RM4,399. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...