> Menyingkap memori terkedek-kedek di 'Bukit Tonggek'
Menyingkap memori terkedek-kedek di 'Bukit Tonggek'
Ina Cun 89-92 Khamis | 8 Februari 2018

Tanggaln 16 Disember lalu, telah diadakan Majlis Alumni MassComm 89/92 ITM. Meski hanya dihadiri kira-kira 50 alumni, namun ruang dewan di Kompleks Kraftangan Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu tetap meriah dengan pelbagai gelagat dan sembang kenangan masing-masing, sementelahan ada di antaranya yang sudah lebih 20 tahun tidak bersua.

Meskipun tidak semua dapat hadir namun, maklum, masing-masing punya komitmen, ada juga yang 'di luar negeri' dalam Malaysia, namun ukhuwah antara setiap 'majoring' terdiri daripada Broadcasting, Advertising, Public Relations, Journalism dan Publishing (untuk rekod, batch ini merupakan pioneer Publishing) tetap utuh.

Mau tak kecoh dan bingit dibuatnya, terutama apabila mengimbas kembali memori terkedek-kedek mendaki bukit yang digelar 'Bukit Tonggek' untuk ke bangunan menara. Belum lagi masuk part berebut masuk lif untuk ke tingkat 13 pula. Kena berebut-rebut dengan 'budak enjin'. Gambar-gambar di sini menceritakan akrabnya sebuah persahabatan di menara gading ini. ITM di hati....(Sekarang dah UiTM la kan...)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Seramai kira-kira 100 bekas pelajar yang sudah menamatkan pengajian antara 2006 dan 2017 menghadiri Majlis Makan Malam Alumni 2017 bertema The Royal Return, baru-baru...
HULU TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini proaktif menggerakkan program sahsiah diri dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa di negeri ini.Terbaharu,...
Asalnya suasana sepi, namun bertukar kecoh dan riuh-rendah, sementelah apabila kira-kira 500 orang mula berubah tingkah diiringi muzik yang berkumandang.
Bersempena Hari Terbuka 4.0 yang akan berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mac ini, Universiti Selangor (Unisel) mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Memancing Toman dan Pacu...
Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM melalui pejabat Timbalan Dekan HEP dan warga fakulti telah menganjurkan secara usahasama satu program yang dinamakan The Malaysian Book of...
Tanpa usaha, maka tiadalah kejayaan. Namun usaha yang gigih dan berterusan hanya akan hadir jika disertai dengan motivasi dalaman yang kuat dan kental menghadapi apa jua cabaran....