> AFTER-U > Bagaimana Jobshop.UiTM boleh bantu anda cari kerja dalam talian?
Bagaimana Jobshop.UiTM boleh bantu anda cari kerja dalam talian?
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 9 Februari 2018

Apa itu Jobshop.UiTM?

Jobshop.UiTM adalah sebuah portal mencari kerja dalam talian yang telah beroperasi sejak Mac 2007. Sistem ini telah dibangunkan khusus untuk membantu pelajar UiTM/ graduan untuk mendapat kerja. Ia juga berupaya menemukan pelajar/graduan dengan majikan mereka.

Bagaimana Jobshop.UiTM Boleh Membantu Anda

Sebagai Pencari Pekerjaan

Graduan yang mempunyai pengalaman bekerja atau pelajar tahun akhir/siswazah baharu yang masih mencari kerja dapat memanfaatkan sistem ini melalui kepelbagaian fungsi yang ditawarkan seperti:

  • Pendaftaran & memaklumkan 'resume' secara percuma.
  • Pelbagai peluang pekerjaan / iklan untuk latihan.
  • Tip - tip kerjaya & maklumat terkini mengenai industri.
  • Peluang ditemuduga oleh syarikat dalam kadar yang segera.
  • Peluang bekerja di syarikat bertaraf tempatan atau antarabangsa.
Sebagai Majikan

Setkan akaun anda bagi memperolehi faedah berikut:

  • Pendaftaran Percuma
  • Iklan untuk Latihan Kerja, Latihan Industri, Peluang Kerja tanpa had.
  • Permohonan untuk mengadakan temuduga dalam kampus (On Campus Job Interview).
  • Mencari pekerja secara dalam talian.
  • Peluang untuk mengambil bahagian di dalam Hari Kerjaya / Ceramah Kerjaya UiTM
  • Peluang untuk mendapat pekerja yang berkelayakan daripada 24 fakulti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jobshop.UiTM, sila hubungi:

Pusat Kerjaya & Kaunseling

Bahagian HEP & Alumni

Aras 5, Bangunan Budisiswa

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-5544 2386/ 5521 1480/1482

Faks: 03-5544 3493

Sumber: JobShop UiTM


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Secara luarannya, untuk mahasiswa lelaki berusia 25 tahun ini mungkin tiada apa yang istimewa. Namun, di sebalik senyuman manis dan sikap rendah dirinya, anak keempat dari enam...
Berbekalkan semangat mahu membantu insan dalam kesusahan mendapat kediaman lebih baik, mendorong 30 penuntut kolej Polytech Mara Batu Pahat terbabit dalam projek amal di bawah...
Berita tentang susu formula palsu yang dijual di Johor baru-baru ini, memang menggemparkan sekali gus menarik perhatian negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...
KUALA LANGAT - Seramai 175 penuntut Politeknik Banting menyertai Rela Siswa Siswi (Relasis) sebagai menyahut seruan penubuhan dan hala tuju baharu Jabatan Sukarelawan Malaysia...
KONTINJEN Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 yang berlangsung pada 2 hingga 10 Febuari...
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, AlorGajah memafaatkan kemudahan tasik yang dinamakan Tasik Gemilang dalam kampus induk itu menerusi aktiviti...