> AKTIVITY MPP > Pilihan raya kampus ICYM, 30 calon bertanding MPP
Pilihan raya kampus ICYM, 30 calon bertanding MPP
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 11 April 2018

BUKIT SEBUKOR – Pilihan raya kampus (PRK) adalah wacana penting untuk warga kampus menghayati politik sebenar. Berlandaskan itu, seramai 30 calon perwakilan pelajar sesi 2018/2019 Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) mengambil bahagian secara aktif dalam PRK bertempat di kampus induk ICYM, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi berkata, beliau mahu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ICYM aktif di samping lebih mesra dengan pelajar dan memperbanyakkan lagi aktiviti di kolej itu.

Menurutnya, pelbagai inisiatif diberikan kepada MPP termasuk pengurangan harga yuran asrama, pemberian baju korporat dan elaun.

Saroni beramah mesra dengan sebahagian pelajar ICYM sedang beratur untuk mengundi.
Saroni beramah mesra dengan sebahagian pelajar ICYM sedang beratur untuk mengundi.

“Tanggungjawab MPP bukan suatu perkara mudah, banyak yang perlu dijalankan oleh pelajar dan mereka yang terpilih bukan pelajar sembarangan. Mereka yang dipilih akan dilengkapi dengan soft-skill yang akan diterapkan semasa mereka dilantik menjadi ahli jawatankuasa MPP untuk menyesuaikan diri di alam pekerjaan,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya kali ini, seramai 10 pelajar di bawah Hal Ehwal Pelajar akan dipilih mewakili Kategori Umum dan 20 pelajar lain akan mewakili fakulti masing-masing.

“Saya berharap mereka yang dipilih pada penggal baharu ini akan perbanyakan aktiviti mengenai perpaduan kaum bagi merapatkan hubungan sesama mereka,” katanya.

Saroni diberi penerangan dan menyaksikan proses mengundi calon PRK.
Saroni diberi penerangan dan menyaksikan proses mengundi calon PRK.

Melalui Jawatankuasa MPP, pelajar diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, komen yang membina bagi pembangunan pembelajaran dan pengajaran dalam program pengajian mereka.

Pilihan raya kampus ICYM berjalan dengan lancar yang mana calon dan petugas kempen, berpeluang berpolitik dalam kampus. Pelajar akan dilatih tentang konsep demokrasi, kepimpinan dan pengurusan selain mencungkil bakat pemimpin melalui pidato dan perdebatan.

Bergambar bersama bakal-bakal MPP dalam PRK ICYM.
Bergambar bersama bakal-bakal MPP dalam PRK ICYM.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...