> AKTIVITY MPP > Bekas MPP UiTM yang berkerjaya diminta sumbang semula kepada masyarakat
Bekas MPP UiTM yang berkerjaya diminta sumbang semula kepada masyarakat
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 28 Februari 2018

SABAK BERNAM - Bekas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM (Pimpin) yang mempunyai kerjaya diminta untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

Presidennya, Saiful Azhar Shaharun berkata, Pimpin bersedia melaksanakan sebarang usaha dengan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu rakyat.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat seramai 3,177 ahli Pimpin di seluruh negara.

"Kita tidak mahu bakat kepimpinan yang ada pada ahli kami ini dipersiakan begitu sahaja," katanya pada Seminar Transformasi Nasional (Star Camp 2018) di Sekolah Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, di sini.

Seramai 550 peserta Seminar Transformasi Nasional (Star Camp 2018) hadir menyertai seminar berkenaan.

Seminar anjuran Pimpin, Pertubuhan Alumni Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya (PAPMUM) dan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) berlangsung sehari itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Mohd Razali Wahab.

Sebahagian peserta Star Camp 2018 tekun mengikuti seminar oleh jabatan dan agensi kerajaan di Dewan SAM Muhammadiah,
Sebahagian peserta Star Camp 2018 tekun mengikuti seminar oleh jabatan dan agensi kerajaan di Dewan SAM Muhammadiah.

Mengulas mengenai seminar itu, Saiful Azhar berkata, seminar itu membawa objektif memberi pendedahan kepada masyarakat untuk memperkasa ekonomi.

"Selain itu, ia diharap dapat meningkatkan kesejahteraan kesihatan melalui peluang yang disediakan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

"Jabatan dan agensi terlibat termasuklah Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan, Yayasan Bank Rakyat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Jobs Malaysia," katanya.

Selain itu, katanya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga diberi peluang memberi penerangan kepada pencarumnya tentang perlindungan dan faedah yang diberi oleh badan tersebut.

Aktiviti program Seminar Transformasi Nasional ini dimulakan dengan taklimat agensi berkaitan perkongsian dan padanan peluang perniagaan dan kerjaya, motivasi kumpulan " Isi Hati ku" serta Motivasi diri oleh Ikon Belia Negara, Dr Muhammad Nawar Arifi n sebelum majlis penutup.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berinisiatif dalam membantu sebagai urusetia menjayakan penganjuran pembangunan usahawan dalam kalangan...
Kolej Universiti TATI (TATIUC) membelanjakan hampir RM50,000 bagi melaksanakan kem kepada pelajar di 30 sekolah seluruh Terengganu menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya...
SHAH ALAM, 27 Ogos 2017 - Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menamakan diri sebagai Siswa Barisan...
Usaha menjaga kebersihan di pesisir pantai khususnya Pantai Cherating di sini, adalah tanggungjawab semua termasuk pengunjung
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana penglibatan saya dalam kepimpinan mahasiswa sejak zaman Diploma berbaloi dan dihargai apabila menerima dua anugerah utama dan satu anugerah...
HULU TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini proaktif menggerakkan program sahsiah diri dan motivasi kepada pelajar serta ibu bapa di negeri ini.Terbaharu,...