> AKTIVITY MPP > MPP UKM bantu pelajar isi petrol percuma
MPP UKM bantu pelajar isi petrol percuma
NURHIDAYAH HAIROM Rabu | 28 Februari 2018

BANGI – Seramai 60 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima manfaat isian minyak petrol percuma anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM, baru-baru ini.

Wakil MPP UKM, Tan Pui San, berkata, penganjuran berkenaan merupakan kali ke tiga diadakan sejak November tahun lalu dengan menyasarkan golongan pelajar kurang berkemampuan dan terhad kepada pelajar yang menunggang motosikal berkuasa 135cc dan ke bawah.

Ahli MPP UKM yang terlibat dengan program isi petrol percuma.
Ahli MPP UKM yang terlibat dengan program isi petrol percuma.

“Kami mengehadkan RM6 untuk setiap motosikal. Penganjuran ini sebagai satu bentuk sumbangan kebajikan kepada pelajar. Program ini tercetus atas permintaan pihak penderma yang prihatin untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dengan menyalurkan suntikan dana untuk melaksanakan program isi petrol percuma ini,” katanya kepada Kampus Uols.

Seramai 10 ahli MPP terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Menurut Pui San, MPP UKM menyasarkan penganjuran program seumpama itu setiap bulan agar lebih ramai pelajar menerima manfaat.

Program isi petrol percuma dapat sambutan menggalakkan.

INFO:

Pengisian petrol

dihadkan RM6 untuk

setiap motosikal

Justeru ujarnya, pihaknya amat mengalu-alukan penglibatan dan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk menjayakan misi berkenaan.

Wajah gembira pelajar dapat isi petrol percuma.
Wajah gembira pelajar dapat isi petrol percuma.

“Tanggungjawab kami adalah untuk menjaga kebajikan pelajar, sebelum ini kami juga ada menganjurkan program pemberian makanan percuma. Jadi dengan adanya sokongan sumbangan, kami dapat laksanakan pelbagai bentuk program kebajikan kepada pelajar secara berterusan,” katanya.

Untuk rekod, sejumlah 180 pelajar telah mendapat manfaat menerusi tiga penganjuran program isi minyak petrol percuma anjuran MPP UKM sejak November tahun lalu. Sebarang bentuk sumbangan boleh hubungi Pui San di talian 018-311 8227.

Program isi petrol percuma terhad kepada pelajar UKM sahaja.
Program isi petrol percuma terhad kepada pelajar UKM sahaja.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pernah mendapat anugerah Ikon Mahasiswa UKM, Anugerah Insan Jauhari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan sertaAnugerah Ikon Lelaki Temasya Gemilang Keris Mas UKM, itu antara...
Kolej Universiti TATI (TATIUC) membelanjakan hampir RM50,000 bagi melaksanakan kem kepada pelajar di 30 sekolah seluruh Terengganu menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya...
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berinisiatif dalam membantu sebagai urusetia menjayakan penganjuran pembangunan usahawan dalam kalangan...
Secara luarannya, untuk mahasiswa lelaki berusia 25 tahun ini mungkin tiada apa yang istimewa. Namun, di sebalik senyuman manis dan sikap rendah dirinya, anak keempat dari enam...
UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai dinobatkan sebagai penerima Anugerah Komitmen Universiti Terbaik bagi tahun ketiga berturut-turut berdasarkan pencapaian...
DUNGUN - 'Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia', pepatah yang mengakui betapa hebatnya peranan wanita dalam kehidupan.Tanggapan kuno yang mengatakan belajar...