> AKTIVITY MPP > GFF wujudkan silaturahim global melalui makanan
GFF wujudkan silaturahim global melalui makanan
NUR FADHILAH ISMADI Khamis | 12 April 2018

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) berinisiatif menganjurkan program Global Food Fiesta (GFF) bagi mewujudkan suasana yang seimbang dalam kalangan mahasiswa tempatan dan juga antarabangsa USM.

GFF yang berlangsung selama dua hari, bermula 10 April ini telah diadakan di Padang Kawad USM, manakala Majlis Pelancaran GFF pada pula pada 11 April di Dewan Utama Pelajar B.

Menurut Pengarah Program, Kirthana Devi A/P Bhalraj yang merupakan Exco Antarabangsa MPP, objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar antarabangsa dan tempatan USM.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menikmati makanan yang dijual di GFF.
Pengunjung tidak melepaskan peluang menikmati makanan yang dijual di GFF.

Tambahnya lagi, program ini juga menekankan konsep keusahawanan dari HEBAT (Holistik, Entrepreneur, Balance, Articulate, Thinking) yang mana setiap pelajar tempatan dan antarabangsa diberi platform untuk menjual makanan tradisi negeri/negara mereka yang tersendiri.

“Namun pihak kami turut menyediakan ruang untuk peniaga luar bagi turut sama dalam menjayakan program ini. Kami turut mendapat reaksi positif dari pelajar antarabangsa yang mana kebanyakan mereka sangat seronok dapat mempromosikan makanan tradisi negara mereka sekali gus dapat berinteraksi dengan pelajar tempatan dari pelbagai kaum,” katanya

Sekretariat memantau keadaan sekitar GFF dan antara makanan yang terdapat di pesta makanan berkenaan.

Katanya, jumlah gerai yang berjaya dibuka adalah lebih 20 gerai dari pelbagai negeri dan negara.

Dalam pada itu, Kirthana juga menyatakan bahawa program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, hasil kerjasama dan inisiatif semua sekretariat yang telah dilantik.

Sementara itu, Setiausaha Agung MPP USM, Siti Farah Eliani Solleh tidak menafikan bahawa GFF merupakan program yang dapat menyeimbangkan penglibatan mahasiswa tempatan dan antarabangsa dalam satu suasana kampus.

“Meskipun diuji dengan pelbagai kekangan dan cuaca yang tidak menentu, program santai yang berkonsepkan ala-ala aloha ini telah berjaya dijalankan,” katanya.

Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam menjual produk makanan mereka.
Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam menjual produk makanan mereka.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...