> > PTPTN: Selagi gaji belum cecah RM4,000, tak perlu bayar - Dr Maszlee
PTPTN: Selagi gaji belum cecah RM4,000, tak perlu bayar - Dr Maszlee
NURULFATIHA MUAH 23 May 2018
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana, ia merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan). Katanya, perkara itu akan menjadi

antara fokus utama dalam jawatankuasa khas diketuai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat ini.

“Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar. Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan.

“Kita juga akan berhubung dengan pihak imigresen untuk tamatkan sekatan peminjam ke luar negara,” katanya selepas Majlis Serah - Terima Tugas Mantan Menteri Pendidikan kepada Menteri Pendidikan di sini, pada Selasa.

Pada majlis itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyerahkan tugas kepada Maszlee. Ditanya bagaimana modal pusingan PTPTN untuk disalurkan kepada pelajar baharu sekiranya peminjam tidak membayarnya, Maszlee yakin peminjam sedia ada akan melunaskan pinjaman itu.

“Sebelum ini, peminjam sedia ada tidak bayar disebabkan tekanan ekonomi dan keadaan ekonomi negara yang tidak berapa baik. Bila ekonomi pulih dengan komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya, saya yakin tiada alasan bagi peminjam sedia ada untuk tidak membayarnya,” katanya.

Auku bakal mansuh, ganti akta baharu

Dalam pada itu, Maszlee berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bakal dimansuhkan dan bakal digantikan akta baharu yang mengambil kira isu-isu tadbir urus institusi pengajian tinggi.

Pada masa sama, Maszlee akan meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi dengan beberapa penambahbaikan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan penilaian menyeluruh menerusi semakan jangka sederhana terhadap program dan aktiviti dilaksanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Katanya, penilaian itu bagi mengukuhkan pelaksanaan pelan untuk pendidikan asas dan tinggi.

“Ini untuk memastikan ia difahami pihak berkepentingan terlibat. Kita tidak mahu pelan yang dirangka dan dilaksanakan ini hanya difahami di peringkat kementerian sahaja. Pihak pelaksana misalnya guru, pensyarah, murid-murid dan golongan mahasiswa juga perlu memahami serta mendalami apa yang dihasratkan melalui pelan-pelan ini. Kefahaman golongan pelaksana di peringkat sekolah dan universiti akan menjadi tumpuan kita supaya apa dirancang berjalan baik,” katanya.

Justeru, Maszlee berkata, pihaknya akan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan hasrat reaksi mereka terhadap sistem pendidikan negara, dalam tempoh terdekat ini.

FOTO: BERNAMA

Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...