> KONVO > Seramai 922 graduan diraikan sempena konvokesyen ke-22 Kumpulan MSU College  
Seramai 922 graduan diraikan sempena konvokesyen ke-22 Kumpulan MSU College  
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 9 Julai 2018

Majlis Graduasi ke-22, Kumpulan MSU College menyaksikan seramai 922 graduan menerima skrol melibatkan 22 bidang pengajian iaitu 761 graduan diploma dan 161 graduan sijil. Majlis graduasi ini telah berlangsung di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU).

Hadir menyempurnakan majlis ini ialah Tan Sri Datuk Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin selaku Pengerusi Kumpulan MSU College dan Pro Canselor MSU. Turut hadir ialah Presiden Kumpulan MSU College & MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, serta Profesor Puan Sri Datuk Dr. Junainah Abd Hamid.

Sementara itu, sebanyak empat kategori khas kecemerlangan turut dianugerahkan kepada 15 graduan sebagai pengiktirafan pencapaian mereka dalam aspek akademik dan kemahiran insaniah. Para graduan tersebut ialah Leonie Vitalis Lotius (Diploma Pengurusan) bagi Anugerah Emas Presiden dan Norhayanti Nordin (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak) bagi Anugerah Mohd Shukri Yajid.

Leonie Vitalis Lotius, penerima Anugerah Emas Presiden bergambar bersama Presiden Kumpulan MSU College & MSU.
Leonie Vitalis Lotius, penerima Anugerah Emas Presiden bergambar bersama Presiden Kumpulan MSU College & MSU

Manakala penerima 10 graduan yang menerima Anugerah Akademik ialah Natalie Ose Simon (Diploma Teknologi Makmal Perubatan); Syamil Mohamad Khidzir (Diploma Seni Kulinari); Syed Nor Danish Danial Syed Nor Zurkanain (Diploma Teknologi Maklumat); Faruan Aidil Hamzah (Diploma Pengurusan); Lea Vanessa Lupang (Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik); Ellyshea Edward (Diploma Perakaunan); Adibah Abd Aziz (Diploma Reka Bentuk Grafik), BB Nurfitriyah Kamil (Diploma Pengurusan Hotel); Efrida Yuliana (Sijil Sains Komputer); dan Grace Ong Hwee Chern (Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak).

Salah seorang graduan yang menerima Anugerah Akademik berkongsi saat kegembiraan bersama ahli keluarga.
Salah seorang graduan yang menerima Anugerah Akademik berkongsi saat kegembiraan bersama ahli keluarga.

Sementara itu, 3 graduan pula menerima Anugerah Industri iaitu Katrina Maria Muhammad Shahril (Puncak Niaga Holdings Berhad), Rovate Linggie Anak Kalong (Westar Aviation Services Sdn Bhd) dan Sri Munitharran Machavalan (Puncak Niaga Holdings Berhad)

Para graduan mengambil kesempatan bergambar bersama Presiden Kumpulan MSU College & MSU.
Para graduan mengambil kesempatan bergambar bersama Presiden Kumpulan MSU College & MSU.

Bersempena Majlis Graduasi ke-22 ini juga, Kumpulan MSU College telah menganjurkan Homecoming Fiesta yang bermula pada 4 sehingga 7 Julai dengan pelbagai pengisian menarik diadakan khusus kepada para graduan, ibu bapa dan warga kampus.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...