> KONVO > 2003 graduan MSU dirai
2003 graduan MSU dirai
MUHAMMAD FAIZ SULONG Isnin | 19 Mac 2018

Tokoh korporat negara, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pelaburan & Kewangan manakala Setiausaha Agung Assosiation of Arab Universities, Prof Dr Sultan Abu Orabi menerima Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) ke-22.

1
Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat Pelaburan & Kewangan.

5
Prof Dr Sultan Abu Orabi menerima Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan.

Ijazah kehormat itu disampaikan Pro-Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin sempena pembukaan sidang pertama majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Canselor MSU, baru-baru ini.

Majlis Konvokesyen MSU itu menyaksikan seramai 2003 graduan berjaya menamatkan pengajian pada peringkat pasca siswazah, ijazah sarjana muda dan diploma.

4

1
Sebahagian graduan MSU bergambar bersama Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (tengah) selepas tamat sidang pertama.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, sepanjang lebih tiga dekad lalu, MSU yang juga antara universiti terbaik di Malaysia telah memperoleh pelbagai pengiktirafan termasuk luar negara.

“Antaranya ialah “Excellent Status University, Tier 5” dan “The Most Entrepreneurial Private University” oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM), “BrandLaureate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Delevopment”, “Putra Brand Award 2017”, universiti ke-217 terbaik dalam QS Asia Ranking 2018 selain mendapat penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif,” katanya.

Menurutnya, MSU juga telah mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta badan antarabangsa seperti United Kingdom, Sri Lanka, Maldives dan Brunei.

Majlis Konvokesyen MSU ke-22 itu menyaksikan lima kategori anugerah khas graduan cemerlang diberikan kepada 60 graduan atas pencapaian cemerlang dalam bidang pengajian mereka.

Sebahagian graduan MSU ceria bergambar kenangan bersama Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Anugerah Pingat Emas Canselor diberikan kepada graduan Ijazah Kepujian Perniagaan Antarabangsa, Azrul Arifuddin manakala Anugerah Presiden pula kepada Adrianna Abdul Aziz (Ijazah Kepujian Perniagaan Antarabangsa).

6
Penerima Emas Canselor, Azrul Arifuddin.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...