> ISU > Alumni UPM terima Queen’s Young Leaders Award 2018
Alumni UPM terima Queen’s Young Leaders Award 2018
AZMAN ZAKARIA, UPM Rabu | 1 Ogos 2018

Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), Wen Shin Chia merakam detik sejarah dan menjuang nama UPM apabila dipilih menerima Queen’s Young Leaders Award daripada Her Majesty Queen Elizabeth II di Istana Buckingham, London baru-baru ini.

Anugerah itu adalah pengiktirafan terhadap usaha dan kerja-kerja yang dilakukan oleh golongan belia dan remaja di negara-negara Komanwel yang berjaya mencorakkan kehidupan masyarakat.

Wen, 26, menerima anugerah itu atas usaha dan kerja yang dilakukannya dalam menangani pencemaran. Beliau menerima anugerah berkenaan pada 26 Jun lalu.

“Saya amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima Queen’s Young Leaders Award. Perasan saya amat gembira, ia tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata... saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk menjadi antara kalangan mereka yang terpilih dalam kumpulan pemimpin muda yang mengagumkan ini.

“Anugerah yang diterima ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk terus bekerja bersungguh-sungguh dan terus menabur berbakti,” katanya yang pernah menuntut di Fakulti Pengajian Alam Sekitar UPM.

Beliau berkata, tidak pernah terlintas di hatinya selama ini yang beliau akan menerima anugerah daripada Her Majesty Queen Elizabeth II, apatah lagi di Istana Buckingham.

Katanya, pekerjaannya tidak menentu selepas mengambil keputusan berhenti kerja beberapa tahun lalu, untuk mengendalikan syarikat bermatlamatkan impak, Green Yards.

Syarikat itu menjalankan usaha untuk mengurangkan pencemaran air dengan menyediakan platform untuk masyarakat mengitar semula minyak masak yang sudah digunakan. Pihaknya mengumpul minyak itu dan memprosesnya menjadikan sabun-eko dan lilin.

Menurutnya, ada ketikanya terlintas dalam fikirannya untuk tidak meneruskannya usaha itu tetapi atas sokongan semua, beliau menanam tekad meneruskan usaha di Green Yards.

Wen adalah antara 240 golongan pemimpin muda dari 53 negara Komanwel yang berusaha menjadikan dunia tempat kediaman yang lebih baik.

Queen’s Young Leaders 2018 itu adalah pengiktirafan bagi usaha-usaha mencari penyelesaian yang dijalankan terhadap isu-isu global seperti perubahan iklim dunia, kekurangan sumber makanan, keganasan berasaskan jantina, penyakit mental, dan peluang mendapatkan pendidikan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...